Aku:"Please lend me your strength"
Kakak:"Syaitan is eating you up. Baca Bismillah 50x, baca dengan khusyuk"
2,3 hari lepas aku mengalami stress yang melampau. Satu badan sakit dan lenguh. Migrain, gastrik, hilang selera makan semua ada. Minda aku tidak selari dengan jasad. Aku solat, aku baca quran dan cuba bertenang tapi masih lagi tidak dapat mengurangkan kepedihan jiwa. Sehinggalah selepas solat asar, jari aku lambat-lambat mengirim sms kepada Kakak seperti di atas. Selepas maghrib, barulah Kakak membalasnya.
Dalam hati yang masih walang waktu itu, walaupun jari pantas menekan-nekan papan kekunci komputer riba, barulah terdetik dan tersedar bahawa 'si tanduk panjang' sedang menari-nari riang sambil bertepuk tangan meraikan kekalahan aku dalam mengurus hati sendiri.
Padahal sahabat aku sebelum itu telah menasihati supaya melakukan solat istikharah. Minta petunjuk apa yang perlu aku lakukan selepas ini. Tetapi semua nasihat itu seakan hilang dari fikiran lantaran dikuasai hasutan-hasutan yang lebih menambah bebankan kekusutan.
Allah buat aku sedar dengan mesej Kakak. Entah kenapa. Sebaik sahaja aku dapat mesej sebegitu, terus kewarasan aku kembali. Lalu dengan perlahan-lahan aku cuba lakukan apa yang telah dinasihatkan oleh Kakak.
Dari hari pertama aku kebingungan sampai hari ketiga semalam, aku masih lagi tidak putus solat istikharah. Alhamdulillah sekarang hatiku beransur tenang dan lebih terarah. Kerja sudah boleh fokus, cuma yang tidak tahan selera aku menjadi-jadi. Terbalik pulak. Tak faham betul.
Istikharah tidak semestinya dilakukan hanya untuk jodoh tetapi boleh juga untuk hal-hal lain.
Ingat Allah selalu ketika sedih, ketika marah, ketika kecewa. Jangan biarkan diri dibelenggu ikatan syaitan. Nauzubillah.
Syukur pada Allah yang sentiasa memelihara diriku. Ya Allah ampuhnya hati ini. Janganlah Engkau jauhkan aku dari sahabat-sahabat yang boleh menuntunku ke jalanMu.
Dan sekarang, jika ada sahabat-sahabatku yang sedang murung, aku akan forwardkan mesej yang sama seperti Kakak hantar. Cuba untuk menenangkan hati mereka. huhuhu~~
Thank you Allah.
*******
setitip rasa: entah apa la aku tulis, mata hampir terpejam dah ni...selamattt....

No comments:
Post a Comment