Saturday, January 1, 2011

Home » » Tahun Baru 2011: Apakah Yang Bakal Menanti Kita Pada Hari Yang Selanjutnya?

Tahun Baru 2011: Apakah Yang Bakal Menanti Kita Pada Hari Yang Selanjutnya?

Tahun baru tiba. 2011. 2010 tinggal kenangan. 2010 punya banyak kenangan yang melukakan. Amat sakit.
Namun ada juga yang manis yang aku mahu pahat dan simpan kemas dalam memori. Tak ingin dah ingat yang merobek pilu jiwa. Ada yang perlu diperbaiki dan perlu usaha dengan lebih baik. InsyaAllah.

Oh ha!Kenangan manis ye. Ya kenangan paling manis tahun 2010 adalah pada 3 Oktober. My convocation day!4 tahun belajar dan menunggu saat itu tiba, akhirnya aku hadapi jua. 

Hati bukan main kepalang waktu tu. Masa naik pentas, lagi lah..senyum meleret je. Jumpa kawan-kawan, berkongsi segala penat belajar selama 4 tahun. Kami bergambar, ketawa bersama. 


Masih aku ingat lagi salah seorang pensyarahku berkata: "Tahniah Fatini!Akhirnya awak grad jugak. Masa semester dulu, saya asyik terfikir bagaimana lah awak belajar, dengan ujian berat menimpa, boleh ke awak tumpu belajar".

Aku senyum bercampur sebak sambil membalas: "Alhamdulillah ustazah saya dapat habiskan jugak. Saya pun kadang-kadang rasa tak percaya dengan diri saya. Syukur, Allah sentiasa membantu".

Airmata luka akhirnya berbalas jua. Walaupun sekarang airmata masih lagi berjuraian pada waktu-waktu tertentu. Dalam setiap luka, ada suka. Dalam setiap kepayahan, ada kesenangan. Itu adalah satu aturan kehidupan. Apa yang penting, kita perlulah memupuk sifat redha, bersyukur dan ikhlas.




I LOVE THEM!
So, welcome 2011!. Apa lagi bakal menantiku pada hari-hari yang selanjutnya?Ku pohon padaMu  Allah, agar jiwa ini terus dididik dengan ketabahan, kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segala ujian dariMu. Ameen...

*berazam nak sambung master tahun ni!insyaAllah!;)

6 comments:

Dea Bianglala said...

:) semoga hanya yang baik yang akan kita jelang di hari2 mendatang...

Happy new year

Unknown said...

@Dea

insyaAllah....selamat tahun baru juga..;)

Cikgu Jaja™ said...

waaa~ bestnya dia nk sambung master..gOod luck kak! kull 'am wa anti bikhair. misss u lahhhh :)

Unknown said...

@Faezah Hannah Al Baj

insyaAllah klu de rezeki pai...doakan kak tini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan niat serta jalan....miss u 2!;)

Bro Framestone said...

tahniah atas convocation tue

bro bulan 10 hari tue baru convo selepas 5 tahun study... :)

Unknown said...

@Bro Framestone

terima kasih bro...bro pun tahniah gak konvo!;)