Saturday, January 22, 2011

Home » » Contest: Projek Budak Tabika

Contest: Projek Budak Tabika

Pada musim cuti sekolah yang lepas, sekolah saya telah mengadakan satu aktiviti riadah di kawasan air terjun sekayu. Tengah-tengah syok saya dan kawan-kawan mandi kat air terjun tu, saya nampak seekor rama-rama yang cantik. Saya pun kejar rama-rama itu. Tiba-tiba saya terjatuh dengan penuh gaya macam dalam movie hindustan Don, lakonan Shah Rukh Khan. 

Yang peliknya, sikit pun saya tak rasa sakit, lagi bertenaga!Nun di balik pokok-pokok renek, sayup-sayup kedengaran suara orang menyanyi. Merdu sungguh!Siapakah gerangan yang melagukan kata-kata itu dengan penuh merdu? Lebih kurang macam ni la empunya suara tu menyanyi, lunak sungguh!

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Begitulah nyanyiannya yang begitu memikat hati. Saya berlari mencari tuan empunya suara. Hati bukan main terkejut bila terpandangkan Anna Raffali sedang memetik gitar sambil menyanyi! Sungguh saya tak sangka saya berada di AJL ke 25. Sedang saya asyik melompat, memekik-memekik nama si gadis, ada seekor harimau dari kejauhan memandang saya dengan penuh kelaparan dan kehausan. Serta merta saya berhenti memekik-mekik nama Anna Raffali sebaliknya saya menyebut "hariiiiiiiiiimaaauuuuuuuuuuuuuuuuuu!".

Apalagi saya tunggu, buka langkah seribu tanpa menoleh ke belakang lagi. Apa nak jadi, jadi la, yang penting saya kena selamatkan diri saya!

Lari punya lari, saya terjumpa sebuah banglo putih berkilat-kilat macam kilatan belakang kuali. Elegan sungguh nampak!Terpaku saya seketika. Tapi macam mana saya nak masuk ye?

Sedang saya asyik memikirkan jalan untuk masuk ke dalam banglo itu, saya melihat ada anak kunci yang tersangkut di celah-celah pagar banglo. Saya girang memikirkan saya boleh selamatkan diri daripada harimau gersang itu. 

"Eh, pagar tak berkunci rupanya!Mujurlah"

Lalu saya masuk cepat-cepat dan menuju ke pintu banglo. Saya pulas tombolnya lalu tersergam indah isi banglo di hadapan saya. Tapi saya pelik kenapa tuan punya banglo ni tidak mengunci pagar serta pintunya? Pelik-pelik. Tak pelik la, sebab boleh la saya masuk!"hahahahaha", saya tergelak sendirian hinggakan suara saya bergema di dalam banglo tersebut.

Di suatu sudut ruang tamu banglo tersebut, saya lihat ada satu peti besi yang bertatahkan emas dan berlian. Saya ingin tahu apa yang ada dalam peti besi tersebut, lalu saya cuba membukanya dengan menggunakan anak kunci tadi.

"Kringgggg!!kringgg!!kringgg!!"

Aik, sekali bunyi macam telefon daaa sebaik saja saya berjaya membukanya. Ada sehelai kertas dalam peti besi itu. Punya la peti besi cantik, ada sehelai kertas je? Ingatkan dapat la saya jadi orang kaya tadi. Kecewa.

Tak mengapa, bukan rezeki saya la tu. Kemudian, saya membuka kertas yang berlipat dua itu. Ah, surat wasiat rupanya!Begini tulisannya:

"Kepada sesiapa yang menjumpai wasiat ini, aku serahkan pada kamu banglo ini dengan senang hati. Aku sebenarnya mendapat firasat yang aku akan mati dikejar gajah liar! Kesian aku, dah la mak bapak tidak ada, mati dikejar gajah pulak tu. Mungkin dah nasib aku sebab suka berangan dalam kelas, tak siap kerja sekolah, suka tidur. Tapi yang best aku bijak walaupun malas sikit-sikit. hehehehe...saja nak masuk bakul, boleh kan?. hahahaha"...

Kenapa saya baca macam nak dekat sama dengan kisah saya ye? Musykil, musykil...hmmm

Tatkala saya ingin menyambung pembacaan saya yang seterusnya, saya terdengar suara garau memanggil-memanggil nama saya..

"Fatini!Oi Fatini!Hoi!, kau tidur dalam kelas lagi!"

Oh, rupanya saya tertidur dalam kelas lagi. 

Saya bangun berdiri tidak semena-mena, lalu saya melutut dan memegang kaki cikgu.

"Ampun cikgu, ampun!Saya tak buat lagi, saya janji takkan buat lagi, nanti saya akan mati dikejar gajah!"

Cikgu : @#$!^%&!@#$34*

*******

Ok2, sekali baca memang cerita rekaan pun. hahaha...entah apa-apa la aku karang. Memuaskan hati sendiri. kui3..Sebenarnay aku join contest Encik Bulat yang dinamakan Projek Budak Tabika. Buat karangan sahaja, tak kira panjang atau pendek. Lihat syarat-syaratnya di blog beliau okey? Jom ramai-ramai sokong contest beliau!


Oleh itu, aku nak tag 3 orang sahabat aku untuk join contest ini!


Yok, buat entri dan tag kawan2 anda!;)


Salam ceria pagi...weee!!

2 comments:

EnciK AxixOu said...

hahaha..harimau pown gersang kew..ish3..

Unknown said...

@BuLat i2 CirCLE

hahaha gersang kelaparan...dk dlm utan sekor2...mst la lapar...hahaha