Friday, January 21, 2011

Home » , » Jawapan Istikharah

Jawapan Istikharah

I'm back!hehehe...

Bercerita tentang rezeki, banyak sangat rezeki yang Allah dah bagi pada aku. Syukur. Dia sentiasa mendengar. Benih kesabaran perlu ada bersama usaha tanpa putus asa. Namun kadang-kadang hati kita lemah tetapi masih ada insan-insan yang sudi tampil memberi bimbingan.

17 Januari aku dapat result KPLI-JQAF. Aku diterima di IPG Pengkalan Chepa. Aku menangis. Menangis bukan kerana gembira tapi sedih. Sedih sebab aku tak dapat pergi jauh. Pelik kan aku? Orang lain kalau dapat kerja kat negeri atau kampung sendiri, mesti melompat keriangan. Tapi aku tidak. haha..

Ramai juga yang marah aku, suruh aku pergi je kursus tu. Tapi aku tidak akan buat keputusan terburu-buru untuk diri aku. Aku lakukan solat taubat dan istikharah. Lepas 2 hari aku tenang dan jawapannya tidak pada kursus tersebut. Maka pada 19 Januari aku telah menolak tawaran dengan hati yang tenang tanpa ragu-ragu dan penyesalan.

Sebaik sahaja aku menolak tawaran tersebut, pada hari yang sama juga aku dapat tawaran temuduga di SMI Al Irsyad, Kuantan. Memang tak sangka sangat-sangat. Tolak rezeki lain, dapat rezeki lain. Alhamdulillah.

20 Januari, iaitu semalam hari khamis, aku pergi temuduga. Alhamdulillah lagi hari ini aku dapat panggilan diterima bekerja sebagai guru kat sana. 31 Januari ini aku kena lapor diri. 

Sahabat, doakan yang terbaik buat diri ini! Aku mesti sambung master tahun ni juga! Aku nak kumpul duit untuk sambung belajar. huhuhu...

Aku hanya nak yang terbaik buat diri aku. Aku tak mahu buat kerana orang lain. Tetapi untuk diri aku sendiri. Sudah tiba masanya aku fikirkan diri aku...

Again, alf syukr lillah...;)

4 comments:

hana said...

erm..
harap2 dpt smbung master ye..
istikharah nh kan petunjuk dr Allah..
kite kne yakin ngn ptunjuk yg dh Allah berikan tu..
x kesa la orng nk kate pe..
yg pnting kite tau pe yg kte uat..
hehe..
=D

Unknown said...

@hana

insyaallah....ameen...;)

Unknown said...

semoag dipermudahkan segala urusan yer...:)

Unknown said...

@E.d.Y

harap begitulah...aameen..;)