Saturday, February 26, 2011

Home » , , , , » Hujung Minggu dan Bahasa Arab

Hujung Minggu dan Bahasa Arab

 بسم الله الرحمن الرحيم

Masa berlalu begitu pantas. Tik tok tik tok dah 3 minggu aku berada di Kuantan. Semalam cek gaji, dah masuk tapi tetap tak masyukkk. Itulah rezeki aku untuk bulan ini. Namun, aku tetap bersyukur kerana makan pakai masih cukup. Kena berjimat dengan sehabis baik. Aku perlu kumpul duit untuk sambung belajar. Orang lain sibuk kumpul duit untuk kahwin, aku simpan untuk tujuan lain.  hihi...

Hujung minggu ni tak tahu nak buat apa. Rasa penat pun masih beraja. Seminggu bertungkus lumus siapkan kertas soalan untuk Ujian Penilaian 1 pelajar SMAI Al Irsyad. Memang waktu tidur jadi tak tentu. Nasib baik masih bertenaga untuk mengadap baniin dan banaat mencurahkan sedikit ilmu yang termampu.

Memegang title sebagai mu'allimah atau guru bukannya tugas yang ringan. Tambah lagi bila ada segelintir para pelajar mempunyai motivasi dan keyakinan yang rendah terhadap satu-satu subjek. Lebih-lebih lagi Bahasa Arab. Pelbagai keluhan dari bibir mereka dan juga guru-guru lain.

"Mu'allimah, ana tak faham Bahasa Arab"

"Mu'allimah, buat lah macam mana pun, ana masih tak faham Bahasa Arab"

"Mu'allimah, ana tak reti buat karangan, tak tahu nak tulis macam mana"

Itu baru keluhan para pelajar, apatah lagi guru-guru lain.

"Budak-budak ni memang teruk Bahasa Arab"

Sedih pun ada. Takut pun ada bila dengar keluhan-keluhan yang lemah seperti ini. Tambah lagi aku guru baru. Pengalaman mengajar pun tak sampai setahun lagi. 

Ini merupakan dugaan dan cabaran baru setelah aku tolak JQAF pada bulan lalu. Aku yang kena kuat untuk terima ujian ini. Aku akan cuba sedaya mungkin untuk pulihkan minat mereka terhadap Bahasa Arab. Kalau zaman sekolah, aku kena pulas telinga lagi oleh ustazah. Memang tip top la ustazah ajar kami masa sekolah dulu. hehehe...

Bahasa Arab tetap bahasa yang paling aku suka walaupun dulu masa mula-mula aku masuk UIA, saudara mara aku tak pandang bahasa Al-Quran ni. Bila mereka tanya aku ambil kos apa kat UIA, aku cakap ambil Bahasa Arab, semua jawab "oooooooooooo". Cuba kalau cakap pilih kos engineering ke, medic ke, laju je jawab "wah, bagus lah!cerah masa depan!". Komen membina lagi tu. Aku tak kata kos lain tak bagus, tapi apa salahnya kalau tiupkan semangat sikit untuk aku. huhu..Tapi tak mengapa, aku memilih untuk senyum sahaja dan berdiam diri. Kerana minat dan yakin rezeki itu Allah dah sediakan untuk kita di mana-mana, aku tetap setia menadah ilmu daripada pensyarah-pensyarah UIA.
Baniin dan banaat SMAI Al Irsyad, mari kita sama-sama belajar Bahasa Arab!Mu'allimah akan tolong kamu semua selagi termampu!Biiznillah!;)

2 comments:

Cikgu Jaja™ said...

chaiyok ktniey~ kita kena ubah persepsi masyarakat yg tipikal ~!!

Unknown said...

@Faezah Hannah Al Baj

yeahhh...semangat nih!;)