Comel kan anak sepupu cheq? Amacam, ada rupa cheq tak? ngeh3
Saya gembira di sini. Jangan risaukan saya. Saya senyum lagi lebar daripada gambar di atas. hehehe...
Dah lama tak update entri baru. Kalau update pun mesti tak ada gambar. Maka, gambar di atas ditempelkan. hehe..Broadband maxis kat kampung sini kiok sikit. Ni pun pinjam broadband celcom housemate. Ok plak celcom sini. Sedih. Broadband aku tak bekerjasama dengan baik. wuwuwuwu.~~
Sudah 5 hari aku berada di tempat baru. SMAI Al Irsyad. Tempat yang cukup baru buat aku. Alhamdulillah Allah permudahkan segala-galanya ketika berada di sini. Walaupun di mata orang lain agak susah untuk menguruskan sesetengah hal di sini, tetapi bagi aku jalan-jalan untuk ke depan Allah terangkan untuk aku. Kepala terasa begitu ringan dari masalah-masalah yang terasa begitu membebankan sebelum ini. Tekanan hebat yang aku alami sebelum ini, seolah pergi mengalir deras seperti air sungai.
Syukur.
Dugaan dan ujian berada di mana-mana. Cuma setidak-tidaknya tekanan hebat itu berkurangan, malah terasa ia pergi dibawa angin. Sekali-sekala menyapa pipi.
SRI Al Hafeez tidak pernah aku lupa. Aku merindui kalian. Moga semua berada dalam keadaan yang aman dan tenteram.
Aku menetap di Kg.Razali, Kuantan. Rumah sewa kampung. Keadaan rumah tidak berapa memuaskan, namun alhamdulillah aku punya tempat untuk berteduh. Housemate juga baik-baik. Orang Johor dan N9. Tip top macam mu'allimah ni jugek...kih3...semua masih belum berkahwin tapi mereka berdua ini sudah tidak bisa didapati kerana masing-masing sudah punya calon dan teman. Bakal berkahwin kok. hehehe...
Aku jugak la dok terkontang-kanting masih solo molo. hahaha...
Kadang-kadang betul juga orang cakap, bila dah umur lebih 25 ni payah sikit nak jumpa jodoh. Aku dah 26. Ops!Muda lagi kan? Kan kan kan? (nak sedapkan hati..huu)
3 kali kecundang buat diri kadang-kadang serik. Semua rancang nak kahwin tak jadi.
Takpa. Kita naik basikal dulu. Lepas tu baru pakai kereta besar. Nak besar lagi, naik kapal tobang...Eh, apa kaitannya ye? hahahaha~~
Nanti dulu..Cheq nak ucapkan pada semua Salam Maulidur Rasul. Mari kita sama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
اللهم صل على سيدنا محمد
4 comments:
wahh~ suasana baru..take care kak.selamat bertugas :)
Tuhan lebih menyayangimu.."
@Murabbi
hehehehe...mekasihhhh...tgh seronok di tempat baru...;)
nice la kak...
sy suka tgk budak2.. comeyy...
sy doakan akk jumpa jdoh cpt2..
hihi
btw, slm p'kenalan dri sy :)
@fyqa
kan?bdk2 mmg sgt comel...;)
thanks..kdg2 bosan jgk hdup bujang nih...huhu
slm knl juga...;)
Post a Comment