Banat: "Mu'allimah, mak ana cakap tak apa tak tahu tajwid pun, asalkan boleh baca dengan betul".
Mu'allimah: "Kalau tak belajar tajwid, macam mana kamu nak baca dengan betul? Cara kamu baca pun mu'allimah dah tahu kamu masih lagi tidak mengenali hukum tajwid dan cara bacaannya".
Dialog ini berlaku pada hari jumaat lepas untuk ujian hafazan pelajar. Kumpulan yang diamanahkan pada mu'allimah adalah kumpulan level B. Level kedua yang dikira "boleh la" bagi mu'allimah dapat membaca Al Quran dengan elok dan bertajwid. Hari jumaat adalah hari terakhir semua pelajar menghadapi Ujian Penilaian 1. Memang kebiasaannya, waktu pagi dimulai dengan kelas hafazan Al Quran. Dialog tersebut berlaku selepas sahaja pelajar itu habis ujiannya. Hafazan tidak ok, tilawah tidak ok, tajwid entah ke mana walaupun sudah belajar tajwid dari sekolah rendah lagi. Bila mu'allimah menegur dan menasihati, itulah jawapan yang diberi.
Mu'allimah agak kecewa dengan ibu pelajar tersebut yang mengatakan tidak tahu ilmu tajwid tidak mengapa. Bagaimana anak-anak yang masih belia remaja mahu memperbaiki bacaan Al Qurannya jika fikirannya dibentuk sebegitu rupa? Ibu bapa memberi pengaruh yang besar dalam hidup anak-anak.
Ilmu tajwid amat-amat penting untuk memperelok bacaan Al Quran. Mari sini mu'allimah nak beritahu sedikit secara ringkas mengenai ilmu tajwid walaupun dah ramai yang tahu. Mu'allimah sekadar nak memperingati diri sendiri dan juga kalian.
1)Makna ilmu tajwid
Dari segi bahasa: Tahsin iaitu memperelokkan sesuatu.
Dari segi istilah: Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya dan mustahaknya yakni sifat mendatangnya.
2)Hukum
Mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah
Membaca Al Quran secara bertajwid adalah Fardhu 'Ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.
3)Kelebihannya
Ilmu Tajwid adalah semulia-mulia ilmu kerana ia langsung berkaitan dengan Kitab Allah Al Quranul Karim, berdasarkan sepotong hadis Rasulullah S.A.W.:
"Daripada 'Uthman bin 'Affan r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya."
(Riwayat Imam Al- Bukhari)
4)Matlamatnya
Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat suci Al Quran ketika membacanya. Membaca sejajar dengan penurunannya yang sebenar dari Allah S.W.T.
Tengok, Allah dah gariskan panduan untuk kita belajar. Kenapa kita masih lagi berdalih tidak mahu memperelok bacaan Al Quran?. Ada juga yang mengeluh tidak tahu membaca Al Quran tapi tidak berusaha untuk memperbaikinya. Tidak dinafikan ada yang berusaha bersungguh-sungguh, namun masih tidak dapat membaca ayat suci Al Quran dengan baik. Walau apa pun individu sebegini sudah mendapat pahala yang besar di atas kesungguhannya.
Perlu juga diingat lagi kenapa ilmu tajwid ini penting. Kerana ia diturunkan dalam Bahasa Arab. Kalau salah baca, maknanya mungkin lari. Mu'allimah sendiri pun kena sentiasa memperbaiki bacaan Mu'allimah kerana tugas Mu'allimah mengajar dan berkongsi ilmu pada pelajar Mu'allimah.
Ayuh, kita perbaiki lagi bacaan Al Quran!;)
Kamus:
Mu'allimah = guru perempuan
Mu'allim = guru lelaki
Mukallaf = yang dipertanggungjawabkan
setitip rasa 1: Mulai hari ini, saya akan menggelarkan diri saya Mu'allimah. Tak mahu dah guna 'aku'. hehe..Assalamualaikum, saya Mu'allimah Fatini..;)
setitip rasa 2: Mu'allimah bertekad untuk mengubah persepsi pelajar pada Ilmu Tajwid dan mencurahkan ilmu sedaya yang termampu oleh Mu'alimah.
setitip rasa 3: Mu'allimah pun kena refresh balik surah-surah yang telah dihafal dulu. Sama-sama kita berusaha. ;)

8 comments:
rindu sekolah rndah agama time kecik2, klu sala tajwid mesti kene cubit ^^
insyaAllah masih jaga tajwid :)
@ιѕмaιl pυтra aιdιl adнa
mmg pengajaran tajwid amat berkesan dulu2...tok guru mst cubit atau rotan pelajar kalau salah baca...hehe
alhamdulillah..teruskan amalan baik awak...;)
bagusnya kakakku sayang...:)
@Sunah Mohammad
alah, sunah lagi bagus...;)
sgt berinfo ...i'm follow hee
@pakteh wawan
terima kasih...;)
as salam..
ini baru persepsi yang betul.
hari ni. kebanyakkan guru sekadar mengajar tanpa memantau secara jelas(mungkin) akan kefahaman anak-anak didiknya. itu yang membimbangkan. anak-anak didik pula memang bergantung kepada guru jika memang tak tahu yang betul.
oh.sebut pasal tajwid. buku2 rujukan syiah dipasaran malaysia cukup membimbangkan. boleh merosakkan pengikut mazhab Imam Syafie. SYIAH YANG SESAT LAGI MENYESATKAN. bagaimana boleh terlepas ke dalam pasaran?
@_@"
@...
waalaikumussalam...
wah,rajin betul awk komen...terharu nih...huhu
sy agak kecewa bila anak murid cakap gitu...seolah2 memandang remeh pd ilmu tajwid dan Al Quran. tapi sy faham sebab mereka masih muda. sy baru sebulan bekerja sbg guru di Kuantan ni. Insyaallah lepas ni sy cuba yang terbaik utk pulihkan bacaan mereka.
Sy tak pernah jumpa lagi buku2 rujukan syiah ni mengenai tajwid. Terima kasih untuk info yg bermanfaat. Berguna utk sy dan anak2 murid...;)
Post a Comment