Bismillahirrahmanirrahim...
Hari kedua bekerja di MEDIU. Kesusahan melanda diri untuk seketika waktu. Sabar itu perlu. Usaha juga pasti tidak akan berhenti di situ.
Untuk seminggu lebih ni, saya seawal 5 pagi. Maklum la tumpang kawan untuk ke tempat kerja. Kawan saya merupakan seorang guru, jadi dia perlu bergerak lebih awal. Saya terima seadanya apa yang saya kena lalui sekarang. Positifnya, saya berjaya bangun awal2 pagi. hehehe. Kalau di Kuantan sebelum ni, tempat kerja dekat, tak sibuk sangat, boleh guna jalan kampung saja. Itu di Kuantan dua bulan lalu. Sekarang saya di Shah Alam. Masih lagi rasa keenakan hidup di Kuantan. Ah, itu hanyalah memoir2 dari kenangan semalam. Namun, saya tidak akan pernah melupakan insan-insan yang berada bersama saya ketika senang dan susah. Mereka sentiasa ada dalam doa saya. InsyaAllah selagi saya masih bernyawa.
Apa pun, ini lah hidup. Ada turun naiknya. Ada susah senangnya. Tapi bila direnung dalam-dalam, sebenarnya Allah selalu mudahkan laluan perjalanan hidup kita. Allah sentiasa berikan pelbagai jalan penyelesaian untuk kita. Kita yang perlu bijak memilihnya. Senjatanya adalah doa. Maka yang susah akan jadi mudah.
Saya merindui anak-anak murid saya di SRI Al Hafeez dan SMAI Al Irsyad. *sigh.
"Jangan pernah mengaku kalah dengan cabaran dan ujian hidup"

4 comments:
Tiniey! dah kat shah alam..heee..dekat2. Myra kat bukit jelutong
@✿ Myra ✿
laaa yeke?senang2 bleh la jumpa...bak2 no tpn myra...:)
WOW~ mediu..feewit fewit. lecturer ke kak???
@Faezah Hannah Al Baj
ish idok le...bkn lecturer...hehe..admin officer je...:)
Post a Comment