Kau hadir tidak terduga
Melakar coretan indah di ruangan kosong kanvasku
Mewarnai setiap titik lompong putihnya
Istimewa pada setiap bentuknya
Penawar jiwa
Dirimu tiadakan pernah melukai taman hatiku
Walau sesekali amarah merajai diri
Dek anginmu asing berbahasa
Kerana begitulah dirimu
Berada di tempatmu tidak payah bagiku
Ku mengerti
Suatu ketika dahulu itulah diriku
Penawar jiwa
Dua bulan umpama sehari
Seminggu umpama sejam
Sejam ibarat seminit
Apatah lagi seminit seperti sesaat waktu berlalu
Sesekali kepenatan berlari
Mengejar dirimu sedaya termampu waima dirimu diam membisu
Pantas mengatur bicara biarpun dirimu tunduk membatu
Adakala keletihan menyelinap diriku
Akur dengan kelemahan manusia
Namun, dikau membakar semangat wajaku
Penawar jiwa
Waspada mengorak langkah remajamu
Teruskanlah mendaki setinggi gunung impianmu
Berlari lah dalam mengejar ilmu
Hasilkan tinta suci bukan berlandas nafsu
Teguhkan harapanmu pada si DIA yang SATU
Penawar jiwa
Tiada apa yang dapat ku beri
Melainkan panjatan doa buatmu setiap hari
Namun ketahuilah
Rindu dan sayang tetap untuk dirimu
Dengarlah sayang
Ungkapan luahan rasa ini
Daripada gurumu yang tidak sempurna.
Salam sayang dari kejauhan,
Mu’allimah Fatini.
Putrajaya,
17 April 2011,
3.01 a.m.
5 comments:
nice la kak tiniey :)
untung mereka :))
@Fyqa
thanks...
akak hargai setiap kasih sayang daripada mereka walaupun mungkin sekejap sahaja...;)
bismillah..maaf tiniey, baru berpeluang jenguk blog tiniey..
subhanallah, indahnya ungkapan rasamu wahai guru, wahai mu'allimah..semoga ada rahmat dan kasih sayang Allah buat si anak didik tercinta.. semoga mereka membesar menjadi harapan agama, negara juga bangsa.. ameen!
seronok ye tiniey jd guru yang berpeluang mendidik anak bangsa secara langsung..barakallah fiki ya ukhti..~!
@hakima
its ok...:)
seronok sgt walaupun sekejap sahaja...doakan saya...aameen..;)
@HaTi
thanks..:)
Post a Comment