Hujan masih lagi renyai- renyai ketika saya dalam perjalanan ke pejabat tadi. Ketika jari jemari menaip entri baru ini, saya sudah berada di pejabat. hehe..
Dari hari pertama kerja sampai ke hari ini, saya breakfast di Pelita Kandar, restoran mamak bawah Plaza Masalam ni. Anneeee....Cuma, semenjak dua menjak ni, saya asyik terpandangkan gerai kecil di seberang jalan sana. Ramai betul pelanggan makcik tu. Biasanya kalau ramai pelanggan ni, mesti menu nya sedap belaka.
Saya berseorangan makan roti bakar bersama teh o panas di Pelita Kandar tadi sambil mata asyik memandang ke arah gerai makcik tu. Dah beberapa hari saya pandang je gerai tu, jadi pemerhati. Hari ni saya mesti lunaskan juga hasrat hati saya untuk ke gerai itu. Lepas saja saya habiskan menu pagi, saya berlari-lari kecil, melintas jalan dengan berhati-hati sementelah hujan masih lagi menitis, dan tiba dengan selamat di gerai itu.
Wahhhh....Memang banyak sangat kuih muih kat situ. Lepas ni boleh la saya tukar selera saya. Tapi hari ni saya tak beli kuih, saya beli nasi lemak. Nak juga rasa nasi buatan makcik ni. Bukan melayu tetapi orang indon!
Apa pun, saya ingatkan makcik tu tidak menjalankan perniagaannya hari ni sebab ada kereta besar menghalang pemandangan saya tadi. Bila tengok makcik tu menjual ketika cuaca hujan, sayu hati saya. Cekal hati dia pagi-pagi lagi sudah buka gerai untuk mencari sesuap rezeki di saat sesetengah daripada kita masih lagi enak dibuai mimpi. Bukannya restoran tapi gerai di tepi jalan!Kalau ribut datang, gerai tu berkemungkinan besar terbang sekali. Rezeki perlu diusahakan. Dan Allah suka orang-orang yang suka berusaha. Rezeki tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Bukannya dengan hanya meminta-minta tanpa berusaha, mengerah keringat. Betul tak?
"اليد العليا خير من اليد السفلى"
"Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang meminta"

8 comments:
thanks for the tazkirah
@miwqa
sama2...:)
yup,rezeki yang datang dari tangan sendiri. Alhamdulillah
as salam..
ya..rezeki.kalau tak lengkap kunci2..
niat, usaha, tawakkal, redha..
tak kemananya kan..
moga kita semua sentiasa beringat kepada-Nya..
=)
lama dah tak ziarah sini. nasib baik ingat link lagi.maka, jangan marah kalau saya add Cik tiniey dalam list saya =)
@...
ya betul tu...:)
it's ok...letak dlm list?tak marah tp sgt berbesar hati...hehe
sama2 ;)
aik? sempat lagi online =p
@...
mmg sempat aje...sebab segala kerja kat ofis guna pc...sambil2 la ni...hehe
Post a Comment