Bukan senang nak jumpa soulmate atau pasangan jiwa ni. Bila sebut soulmate saja, mesti kita fikirkan pasangan yang berlainan jantina. Bagi saya, soulmate tu bukan saja pada jantina yang berlainan tetapi sama jantina pun boleh. Bukan sahaja ditujukan pada pasangan bercinta atau suami isteri, malah sahabat pun ada istilah soulmate bagi diri saya.
Bila saja bersahabat, mestilah ada give and take. Bila kita sedih, ada kawan yang bantu gembirakan kita. Walaupun kesedihan kita tidak terubat sekalipun, setidak-tidaknya ada sahabat yang berusaha untuk gembirakan kita. Begitu juga sebaliknya. Kita gembira, kita pula yang cuba menceriakan sahabat kita yang gundah gulana.
Berada di Shah Alam ini betul-betul buat saya kesepian. Bukanlah tidak ada kawan tapi tidak ada soulmate. Tiada yang betul-betul sudi meminjamkan bahu untuk menangis, tiada yang betul-betul sudi meminjamkan telinga untuk mendengar. Tiada yang betul-betul sudi memberi pelukan sayang ketika semangat saya luntur.
Saya hanya ingin meluah apa yang saya rasa. Bukannya saya tidak menghargai kawan-kawan saya yang lain, cuma saya yang sering berasa sebegini. Kalau boleh saya mahu terima seadanya apa yang saya sudah miliki sekarang. Kalau lah semudah ABC untuk menjadi seorang hamba yang betul-betul bersyukur pada Dia. Mudah ke?
Saya hanya ingin meluah apa yang saya rasa. Bukannya saya tidak menghargai kawan-kawan saya yang lain, cuma saya yang sering berasa sebegini. Kalau boleh saya mahu terima seadanya apa yang saya sudah miliki sekarang. Kalau lah semudah ABC untuk menjadi seorang hamba yang betul-betul bersyukur pada Dia. Mudah ke?
Apa yang saya rasa ni hanya Allah yang tahu. Dan soulmate saya yang boleh faham kepalang, suka, duka dan derita hati saya.
Siapa yang tak pernah derita. siapa yang tak pernah terseksa. Kalau tidak bukan namanya hidup. Ini kata-kata yang selalu kita sebut. Pernah rasa tak sampai ke satu tahap kita tidak boleh menerima kata-kata sebegini dari bibir-bibir insan lain? Pernah bukan?
Jadi apa yang perlu kita lakukan bila sudah sampai tahap kronik sebegitu?
Diam-diam sudaaa....
4 comments:
as salam..
▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄
yup. diam2 suda.. soulmate saya jauh..betul.kadang kala bila kita memerlukan mereka, tak selalunya hajat tu kesampian.huhu..ujian-Nya..
redha je..
bila kita tersesat, mereka juga sandaran-Nya yang membantu.buka mudah kan nak menjaga apa yang kita ada.haih..masa..masa..
yang penting, diam2 suda tu, jangan sampai memakan diri. tu akan memburukkan lagi keadaan..haih..moga uruasan CT dipermudahkan-Nya..ameen..
=)
nak tanya..
apa mood cik tiniey sekarang ni? sebab? meowww~
terima kasih. update2 selalu ;)
wslm..
tang like tu saya suka...hehehhe
mood sekarang libang libu...huhu
betul kata cik tiniey tu.
soulmate ni tak semestinya pasangan bencinta je.
saya sendiri notis menda ni since dulu.
waktu sek rendah saya ada kawan baik yg sangat rapat, but bila dah abih std 6, kitorg pecah sekolah len len.
then same thing also happened bila kat sek men sampaikan pada satu masa rasa tak perlukan terlalu kamceng dgn sapa sapa. juz jadi kawan macam kawan kawan yg lain. fair & square.
ntah la kan. =)
apapon, org cakap;
'true friend bring out the best to each other!'
@chainzz
kan? soulmate satu dalam sejuta...memang susah nak jumpa....huhuhu
:)
Post a Comment