GEMBIRA. SYUKUR.
Saya lulus test JPJ tadi. First attempt. Awal-awal lagi saya tanamkan dalam hati saya mesti lulus. Sebab.....lesen L saya dalam keadaan kritikal, bakal meninggal pada 7 Jun ni. Kalau lah saya tak lulus test tadi, memang hangus macam tu je duit. huhuhuhu...
Memang nasib saya baik sangat tadi dapat pegawai JPJ yang baik. Terima kasih encik!Terima kasih cikgu!Yang kelakarnya, lepas habis test dalam litar, saya pergi turunkan tandatangan dekat pondok di mana salah seorang pegawai JPJ duduk, dia mintak panadol dengan saya. hahaha...Kebetulan pula saya ni jenis bawa bekalan ubat ke mana sahaja saya pergi. Katanya sakit kepala. Mungkin sebab waktu pun dah tengahari tadi, matahari terik memancar.
Gementar macam apa tadi. Baca doa pun terkumat-kamit. Lepas saja dapat turun bukit, saya terus buat parking. Lega memang takleh nak cakap la. Lega sangat-sangat. Dah la belajar kereta pun secara ekspress, seminggu lebih je, mana la saya tak takut test JPJ.
Allah permudahkan urusan saya hari ini. Ramai yang mendoakan saya. Head department saya siap call lagi bagi sokongan moral. Syukur sangat!
Perancangan lepas ni nak beli kereta la pula. Perlu. Saya nak gunakan kereta untuk berulang alik sambung master nanti. Lepas sahaja selesai hantar borang permohonan master, saya nak beli kereta. InsyaAllah! Banyak betul saya merancang. Kalau saya tak kahwin-kahwin lagi tahun ni atau tahun depan, saya nak kumpul duit untuk buat umrah. Doakan saya lagi agar dipermudahkan segala perancangan. Aameen!!
Esok kerja balik. Ada berita gempar terbaru lagi dari pejabat. Ujian ujian.
12 comments:
TAHNIAH...SUNAH JUGAK TGH BELAJAR KAN...HEHEHE...JOM LEPAS NIE KITA LAWAN TEKAN MINYAK
wahhh ! congrats kak,
HHE. nseb baek llus kan. L dh bole smpan wat jerok.
hihi ;)
@aDisH.sHidA
mekasihhhh.....sunah mmg rajin belajar...hehehe
jom3!haha
CONGRATS ! (:
@Fyqa
thanks!
haha tang wat jerok 2 xtahan....kih3
@emilia farahin
thanks!hihihi
tahniah Cik Tiniey.
alhamdulillah, dah setel satu bab. kan?
=)
tahniah again.
@chainzz
terima kasih...tulah...syukur...memang Allah sentiasa ada utk kita...kita perlu usaha,doa dan tawakkal je...:)
alhamdulillah... tahniah akak~ :)
@Sunah Mohammad
aameen...thanks sunah...:)
as salam..
tahniah
=)
jangan sampai disalahguna ilmu tu ;)
@...
wslm...
err ilmu pe nak disalahguna?ilmu bwk kereta ye?;p
Post a Comment