Bismillahirrahmanirrahim
sumber : http://mykhilafah.com/sautun_nahdhah/SN091_Nuzul%20Quran_1427%20H.pdf
Begitu cepat masa berlalu. Memang sekejap. Sampaikan nak update blog pun jadi malas. Masa tu kejar melebihi saya kejar. hehehe...Semuanya aturan Allah bukan. Allah tidak pernah mengatur yang tidak baik untuk setiap hambanya. Dia sudah sediakan yang terbaik, yang paling bagus untuk kita. Bersyukur lah selagi kita diberi nikmat dan ujian dariNya. Tanda kasihNya pada kita.
Kurniaan sahabat yang mewangi.
By Google
Idah dan Khaty. Kenalkan housemates baru saya sejak saya pindah seksyen 7. Semua berlaku terlalu pantas. Dari seksyen 7 ke seksyen 9, kemudian ke seksyen 7 balik. Btw, Idah merupakan schoolmate saya di MMP. Khaty masih baru lagi saya kenal tapi macam dah lama kenal. Mana taknya, mesra orangnya. Mereka terima saya seadanya. Idah sudah berkahwin, sedang bertungkus lumus menyiapkan tesisnya untuk PHD, manakala Khaty master. Idah sangat rajin baca Al Quran dan solat sunat, secara tidak langsung beri impak pada kami. Buka puasa dan solat terawih secara berjemaah. Selalu dia yang jadi imamah terawih. Kalau time dia rasa tak larat, dia passkan pada saya. Tukar shift. Err berdebar kemain jugak la pertama kali jadi imamah terawih ni. Kalau dulu asyik tolak je bila orang suruh. Kali ni tak tahu la kenapa. huhuhu...
Ya melihat dia buat kami selalu ingatkan Allah. Syukur.
Doa ibu bapa.
Jika bukan kerana doa mereka berdua juga, rezeki saya takkan semurah seperti sekarang. Rajuk lama dah kurang sikit kot. Kak Ina, apa pendapatmu? huhuhu...
Tok guru Quran.
Dah lama tinggalkan position ni sejak berhenti jadi guru. Dulu sempat jadi guru sekolah rendah dan menengah. Bezanya sekarang saya kena ajar orang dewasa. Khaty mintak tolong saya ajar dia untuk tahsinkan lagi bacaan Al Quran. Masih lagi cuba-cuba susun masa untuk ajar makhraj dan tajwid pada dia. Kadang-kadang lepas subuh dia akan baca depan saya dan saya betulkan. Doakan semangat dia kuat untuk tahsinkan bacaan Al Quran.
Ketenangan hati.
Tahun ni puasa dalam keadaan yang tenang. Banyak yang telah Allah jernihkan untuk saya. Banyak hint yang Dia bagi untuk saya mengharap padaNya Yang Satu. Pelbagai ujian kadang-kadang terasa amat berat sekali. Serasa begitu membebankan dan tidak mampu digalas. Namun sebenarnya, Allah telah sediakan kemudahan di hadapan sana. Bila hati terarah dengan betul, insyaAllah jalan-jalan penyelesaian yang baik dibuka olehNya.
Nikmat atau Dugaan?
Pada saat saya sedang meniti pada zon selesa sekarang, saya dikejutkan dengan perkhabaran buruk daripada sahabat yang jauh di mata, memberitahu rumahnya dipecah masuk pencuri. Hilang habis barang-barang berharganya sekelip mata. Ya Allah, tabahkan hati sahabatku ini!
Lapar dan dahaga
Pada saat kita berbuka puasa dengan penuh selera dan pelbagai juadah yang menarik, masih ada lagi saudara seislam kita yang tidak bernasib baik seperti kita. Jika kita tidak mampu menderma, apa yang kita boleh lakukan sebagai blogger? Mari sebarkan usaha IRM ini. Ayuh blogger!
sumber gambar : Ben Ashaari
Subhanallah... Ramadan yang memberi seribu erti. Rasa sedih la pulak Ramadan makin berlalu. Moga dengan Ramadan kali ini menjadi pemangkin untuk saya lebih kuat dan tabah di hari-hari depan yang saya tidak tahu apakah ranjau yang menanti. Menjadi lebih baik dari sebelumnya. Yang paling penting istiqomah. InsyaAllah!



4 comments:
Salam akak..
Kagum.
Boleh ? .
Entri2 akak. Anem nak update macam ni, style begini. sangat lari. sehingga malas dan akhirnya meletak lirik dan cerita yang serupa orang lain di sana sini.
Hilang semakin identiti.
Sedang muhasabah diri.
Pepun, jaga diri selalu ya akak syg Anem sorg ni<3
Assalam Cik Tiniey
Lama tak menjengah ke laman ni. Rasa tak sempat plak nak menjengah jengah sangat ke laman sendiri atau lama org len.
Anyway, sambil baca entri nih kat dalam hati saya terdetik sesuatu, "Alhamdulillah".
Entri ni ada special effect. Ada aura. Ntah kenapa dah dua kali ulang baca tapi belum puas dan terasa ada sesuatu kat dalam. Mebi kisah awak dan hosmet awak kot.
Syukurlah Allah mempermudahkan segalanya untuk awak dan hosmet.
@Anem arnamee
Waalaikumussalam...
kagum tentang apa?
Biasa la tu anem,menulis pun ada turun naiknya...tu sebab anem takde mood...lepas ni mesti berisi balik...:)
tapi akak suka baca entri2 anem walaubagaimanapun stail nya...:)
@chainzz
Waalaikumussalam...
Sibuk ye? tak apa,slow2 la jalan...hehe
Entri pun ada aura ke? hehehe...
Segalanya baik2 setakat ni...alhamdulillah..:)
Post a Comment