Bismillahirrahmanirrahim
اللهم بارك لها
Lama ku rajuk pada luka silam
Terkadang memijak sendirian duri yang tajam
Dalam sendu ku menangis
Dalam hiba ku meratap
Mencari bahu untukku mengharap
Ketika mentari mahu bersembunyi
Memberi malam sebagai gantinya
Di tepi sejadah ku dengar deringan
Saat suaranya menyapa lembut ketenangan
Nyata khabarku merentap hatinya
Sesekali ku rasa ada kerinduan dalam tawanya
Sesekali ku tahu ada keresahan dalam dirinya
Mengeluh bagai tiada siapa yang mengasihani dirinya
Bila sakit merajai jasmaninya
Namun katanya pada Allah diadu segala
Tahajjud padaNya di sepertiga malam
Memohon kesembuhan, kesejahteraan serta keampunan
Aku hanya menangis dalam jiwa
Untuknya aku sanggup berkorban apa saja
Walau pernah terhiris duka
Kerana dialah IBUku....
******
Ma, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 55...Terima kasih di atas segala pengorbanan selama ini. Terima kasih mengandungkan Tini selama 9 bulan, melahirkan, menyusukan, mendidik Tini sehingga anakmu ini seperti sekarang. Syukur, Ramadan kali ini menjernihkan sedikit demi sedikit apa yang telah lama keruh. Moga berkekalan. Aameen...

7 comments:
waaaa
kalo mak akak bace mest terharu nih!
selamat hari lahir mak akak tini!
cantik susunan kata.. indah tutur bicara..
@aimie amalina
huhuhu...akak pun menitiskan airmata waktu taip entri ni...:(
@aiman
terima kasih...:)
selamat hari jadi makcik. =)
@chainzz
terima kasih...(anak makcik tolong jawab)..:)
Nice blog you havve
Post a Comment