Bismillahirrahmanirrahim
اللهم لك صمنا وبك أمنا وعلى رزقك أفطرنا برحمتك يا أرحم الراحمين
Dari hari pertama puasa, saya sahur seorang diri. Bila bangun awal pagi untuk sahur, selalu saja hidung ni meresap bau masakan dari rumah jiran. Para ibu pasti bangun awal untuk sediakan menu sahur. Seorang ibu tidak akan fikir untuk penuhkan perut dia, malah perut2 ahli keluarganya yang lain akan didahulukan. Itulah kelebihan ada keluarga sendiri, dapat pahala pun lebih..:)
Rindu nak makan nasi waktu sahur. Kalau kat sini, cukup saya bersahur dengan segelas air manis dengan biskut dan kurma sebiji dua. Nak sedap sikit, makan telur masak separuh, taruk kicap. Air putih saya minum dengan banyak. Kenyang dan bertenaga sampai petang. Alhamdulillah.
Iftar semalam saya tidak berseorangan. Sudi juga Su datang rumah saya untuk iftar bersama-sama walaupun sebelah petangnya hujan agak lebat. Sanggup dia redah hujan untuk datang iftar dengan saya. Terasa lain benar berbuka dengan kawan berbanding seorang diri. Baru selera tu naik sikit walaupun kami iftar ala kadar sahaja.
Kemudian, lepas solat maghrib, saya beranikan diri drive pada waktu malam untuk hantar Su balik. Dalam takut2 drive memalam sebab tak biasa, sampai juga kereta yang saya pandu dekat rumah Su. Kebetulan rumahnya agak dekat dengan rumah saya. huhuhu....
Pengalaman demi pengalaman...Indahnya Ramadan kali ini....:)
6 comments:
salam ramadhan..
@shafiqabdshukor
salam ramadan juga...:)
salam meredah ramadhan..
@aiman
:)
kata org,
pengalaman itu guru yang terbaik untuk kita.
kalau kat sekolah, kita diajar then baru diberi ujian.
dalam life, kita diberi ujian dulu then baru kita belajar.
camtu kot...huhuhu
http://mymatahatijiwa.blogspot.com
@chainzz
betul tu...setuju2...hehehe..:)
Post a Comment