Saturday, April 14, 2012

Home » Resepi Karipap

Resepi Karipap


Sejuta rasa
Kuih karipap bukan saja sedap dimakan, bukan sahaja makanan kegemaran aku malah ia memberi sejuta rasa dalam hidupku. Karipap Karipap Cinta? wahahaha~

Bukan. Ia bukan mengenai novel atau movie Karipap Karipap Cinta walaupun aku pernah baca naskhah, review tentangnya dan juga menonton layarnya di paparan komputer riba. 

Ada beberapa kisah dan juga kenangan-kenangan yang masih lagi melekat di ruangan memori diriku. Rasa karipap akan jadi penuh nikmat apabila aku mengingati TIGA memoir ini :-

1) Kisah Nama CIK Pap.

Sewaktu sekolah menengah, aku ada geng yang diberi nama Betty dan masih lagi digunakan sampai sekarang (sebenarnya aku baru sedar nama geng tu sejak tahun lepas. haha!). Barisan-barisan geng aku adalah aku sendiri, Afrah, Mimi, Nik, Adni, Hanim, Wani, Huda dan juga Asilah. Di antara kami masih bujang merupakan penulis blog ini, Adni dan Wani. Afrah bakal menikah pada 13 Mei (tarikh lahir aku nih!), jadi tidak termasuk dalam golongan solo molo.

Kami semua mula membentuk persahabatan erat ketika Tingkatan 2 (disebabkan sekolah arab, maka umur kami semua waktu itu 15 tahun, terpaksa duduk kelas peralihan dulu..nasib lahhh..). Masa mula-mula rapat, aku selalu ke kantin dengan Hanim bila tiba waktu rehat. Kuih yang akan Hanim selalu beli ialah donut dan aku beli karipap. Memang kuih itulah yang menjadi kegemaran kami masing-masing. Tidak semena-mena Hanim dengan suka suki nya menggelarkan aku sebagai CIK Pap, singkatan daripada KariPap, manakala aku mentauliahkan Hanim dengan gelaran Mek Nat, singkatan daripada DoNut. Walaupun ejaan DoNut tidak sama dengan Nat tetapi bunyinya tetap sama. Hok alohh, mugo bahaso kelate ke, meme la sebut lagu tu!

Sampai ke hari ini, Hanim masih lagi memanggilku dengan gelaran CIK Pap. Nama Mek Nat nya tidak aku gunakan berikutan ketidaksampaian dan ketidaksedapan hati untuk memanggilnya dengan nama itu. 

Karipaplah juga mengeratkan hubungan persahabatan kami. 

2) Kisah Miss Khadijah.

Miss Khadijah merupakan salah satu acara dan pertandingan pada malam kebudayaan yang kami namakan sebagai Sisters' Night ketika aku berada di Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya (sekarang dikenali sebagai Centre of Foundation Studies). Khadijah pula merupakan nama mahallah (kolej) perempuan maka jadilah Miss Khadijah. Antara teringin dan malu-malu kucing sikit, aku beranikan diri menerjunkan diri aku ke dalam acara ini. Kalau di asrama sekolah dulu aku suka berlakon, di universiti pula aku berlakon jadi sopan di depan khalayak ramai. Koya la!

Para penonton hanya ternganga dan sedikit tersentak apabila pengacara menyebut nama aku dan juga nama kuliyah. Mana tak terkejut sebab aku dari Kuliyah Bahasa Arab. Erk! 

Ada dua sebab kenapa aku mahu menyertai pertandingan ni. PERTAMA sebab semua perempuan. KEDUANYA sebab salah satu syarat pertandingan ialah memakai pakaian menutup aurat dan berperwatakan muslimah. 

Pertandingan ini memerlukan para peserta menyelesaikan tiga pusingan. Pusingan pertama pengenalan diri, pusingan kedua 'hidden talent' dan pusingan ketiga cabutan soalan misteri. Aku tak larat nak cerita tentang semua pusingan tapi pusingan ketiga memang ada kaitan dengan karipap. Setiap peserta kena buat dua cabutan soalan misteri secara rawak. Soalan pertama aku dapat ialah :-

"Antara cekodok dan KARIPAP, mana satu yang anda lebih gemar dan nyatakan sebab kenapa anda menyukainya"

Waduh!

Apalagi yang aku jawab, tentu saja aku suka karipap! Tapi jawapan aku macam budak sekolah pun adaaaa...Satu dewan gelakkan aku!kahkahkah..

"Antara cekodok dan KARIPAP, saya lebih suka karipap kerana karipap boleh digantikan dengan nasi, intinya ubi, sama kenyangnya jika tak makan nasi. Cekodok banyak kolesterol." 

Padahal kedua-dua kuih pun ada kalori dan kolesterol nya masing-masing. Gabra punya pasal, nak susun ayat-ayat sastera pun dah tak sempat!hahaha~

Soalan kedua tak penting. Ok tutup kisah ni. 

Kesimpulannya, aku dapat tambahkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai, sementelah aku ni jenis darah gemuruh sampaikan air liur pun dah rasa macam tak ada dalam tekak. Alhamdulillah sekarang dah boleh kawal sikit nebes tuuu...Yeke eh?Dah lama tak berucap depan orang ramai nii...grrrrr...

3) Kisah Belanja.

Lepas sahaja aku tamatkan Ijazah Sarjana Muda di UIA Gombak setelah 4 tahun berhempas pulas belajar, aku terus bekerja di SRI AL HAFEEZ sebagai pembantu tadbir a.k.a kerani sekolah. Rancangan asalnya mahu menggoyangkan kaki di rumah dulu selepas menamatkan pengajian, malangnya Abah menyuruh aku memohon kerja di situ memandangkan adik bongsu aku masih baru lagi bersekolah di SRI AL HAFEEZ

Bermula lah episod-episod kasih sayang, ketabahan, airmata dan juga persahabatan baru di sana. Aku bertuah kerana bertemu dengan seorang majikan merangkap guru besar, kakak dan juga sahabat yang sangat baik. 

Sebelum memulakan kerja, aku mesti mengisi perutku dahulu. Boleh kata tiap-tiap hari aku akan makan karipap. Melihatkan aku gemar makan karipap, majikan aku yang aku panggil Kak Ina kadang-kadang belanja aku karipap. Adakalanya, karipap akan berada di atas meja dahulu sebelum aku sempat jenguk pejabat. Aku pasti habiskan karipap yang dia beri. Kerana pada setiap gigitan dan kunyahan, aku merasai kasih sayangnya kerana Allah. 

I Miss You Kak Ina!

Baiklah, bagi menamatkan entri yang agak panjang ini, aku mahu kita sama-sama renung dan muhasabah diri melalui video di bawah ini. Mungkin tidak ada kaitan penuh dengan entri ini tetapi secara tidak langsung kita boleh menggali lagi erti kasih sayang, saling menghormati dan juga ketaatan. Saksikan...


2 comments:

Cikgu Jaja™ said...

karipap yg sebiji melampiaskan rasa yg pelbagai..ada pulak kisah2nya yer kak tini..bagus2..maksudnya akk sentiasa menghargai setiap momen dlm hidup~

rindu kau kak tiniey!

Unknown said...

haha mesti lah...

akak seorang yang menghargai orang lain..:)

moh ler mai shah alam!