Syawal bakal menjelang lagi untuk kesekian kalinya. Ramadan bakal menjauh meninggalkan kita. Hanya tinggal 3 hari lagi untuk kita berpuasa, menahan diri lapar dan dahaga, bermujahadah melawan segala macam jenis nafsu, menjaga mata,hati,telinga dan anggota-anggota lain daripada berbuat perkara yang tidak baik. Semoga apa yang kita amalkan di bulan Ramadan masih konsisten pada bulan-bulan, juga hari-hari seterusnya. InsyaAllah.
Sudah namanya hamba Allah, kita pasti diuji dengan pelbagai kesukaran dan dugaan setiap masa. Tetapi ujian di bulan Ramadan adakalanya berganda daripada bulan-bulan lain.
Saya sentiasa diuji dengan sakit. Namun, kali ini saya rasa paling teruk daripada sebelum ini. Betul-betul menguji ketahanan mental sampaikan saya menitiskan airmata menangisi nasib diri. Bukan saya tidak tahu dari dalam sudut hati saya mengatakan ada orang lain lagi yang lebih berat dugaannya daripada saya. Walhal berkali-kali juga kita mengetahui kebenaran ini yang seringkali meniti di bibir-bibir sahabat dan ilmuwan menasihati dan mengingatkan kita mengenai kesusahan orang lain.
Tapi..iman saya tidak seteguh sahabi dan sahabiyyah. Saya hanya seorang wanita biasa yang mencari sesuap rezeki dan ilmu yang adakalanya mendamba perhatian keluarga juga sahabat-sahabat. Kadangkala bila rasa terlampau sakit, saya jadi tidak tentu hala, cepat marah dan otak tidak berada pada tempat yang saya sepatutnya berada.
Sebelum bulan puasa lagi saya tidak sihat, kerap berkunjung ke klinik mengambil MC walaupun saya tahu ubat dari klinik tidak memberi kebaikan pada tubuh badan saya. Mahu atau tidak, saya kena ambil MC sebagai bukti saya tidak mampu bekerja kerana sakit yang tidak menentu.
Titik.
**********
Sebenarnya bahagian atas entri ni ditaip sebelum raya. Tidak tahu nak sambung cerita apa, jadi saya nak ucapkan kepada kamu semua Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Korang mesti banyak cerita menarik kan sempena hari raya?
No comments:
Post a Comment