Dia wanita tabah.
Biar insan lain tidak akan dapat menyelami hatinya.
Dia akan terus melangkah.
Airmata menjadi teman di kala duka.
Menerima berita yang tidak terduga bukan mudah mahu menepis.
Mahu berfikir positif. Membuang negatif.
Hatinya menderita dalam kegelapan.
Merintih mengharap secebis pengertian.
Meraih perhatian biar sedikit.
Bola-bola putih kecil dikemam penuh perit.
Memperuntuk masa untuk ia melarut.
Sungguh terkadang dia bisa melutut.
Hiba.
Hidup tidak seindah seperti drama televisyen.
Hidup akan indah jika keindahan dicari.
Kehidupan bagi dirinya tidak akan mudah.
Susun atur kisah punya jalannya tersendiri.
Punya matlamat dan arah tuju yang harus digali.
Dia wanita masih mengukir senyum.
Andai jatuh dia akan bangun.
Airmata pasti dikesat walaupun mengalir laju.
Dia wanita kuat.
Gagah mencari semangat.
Di celah-celah sinar bintang dan bulan.
Mahu bahagia menyapa.
Mahu keajaiban datang menerpa.
Dia wanita.
Ya dia masih seorang wanita hingga kini.
Menanggung segalanya seorang diri.
Dan dia tahu Allah sentiasa di sisi.
Kau wanita...
Menangis lah..Tidak mengapa...
Dan..
'Rasa itu yang tidak akan pernah dirasai'
No comments:
Post a Comment