Saturday, September 22, 2012

Home » » Kesihatan | Fistula In Ano atau Anal Fistula | Kronologi Fistula In Ano

Kesihatan | Fistula In Ano atau Anal Fistula | Kronologi Fistula In Ano


Saya percaya tidak ramai yang tahu tentang penyakit FISTULA IN ANO (FIA) serta tidak berapa didedahkan dengan penyakit ini. Dan ramai pembaca di luar sana sukar untuk menemui artikel tentang FIA dalam Bahasa Melayu. Rata-rata jika ditaip di google mesti akan keluar artikel FIA dalam Bahasa Inggeris. Bukan senang untuk memahami secara detail artikel dalam Bahasa Inggeris tentang sesuatu penyakit memandangkan istilah yang digunakan adalah istilah perubatan. Orang-orang biasa macam kita ini memerlukan penjelasan secara umum dan senang untuk difahami. Atas alasan begini lah saya mula menaip dan berkongsi sedikit sebanyak tentang FIA dalam Bahasa Melayu pada tahun 2010 berpandukan artikel yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, pengalaman saya dan juga penerangan daripada doktor sendiri. 

Entri pertama saya mengenai FIA boleh dibaca di SINI. Jika sudi, kalian boleh baca dahulu untuk mendapat gambaran sedikit mengenai FIA.

Susulan daripada entri tersebut saya menerima beberapa komen dan maklumbalas daripada beberapa orang pesakit FIA. Alamak, gaya macam doktor la pula saya ni!hahaha. 

Makluman, saya bukan lah seorang doktor tetapi saya juga merupakan pesakit FIA. Memang pada awalnya saya rasa malu untuk berkongsi tentang FIA ni tapi bila fikir balik ada yang senasib dengan saya di luar sana, ada baiknya saya berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan pengalaman saya sepanjang FIA menghantui hidup saya sebagai pelajar dahulu. 

Antara komen-komen yang saya dapat ialah:-


Sebelum saya disahkan menghidapi FIA, memang ada doktor yang tersalah diagnosis mengatakan ianya buasir atau hemorrhoids. Bahaya bila salah diagnosis ni, dapat ubat pun ubat yang salah. Masa belajar dulu, doktor di klinik UIA bagi saya ubat sapu untuk surutkan bengkak tapi ubat sapu tu menyebabkan bengkak tu meletup dan menggalakkan lagi pengeluaran nanah dari dalam saluran anal.

Di sini saya mahu berkongsi kronologi derita sakit FIA saya sebelum membuat pembedahan.

1- Tahun 2006-Bengkak kecil dan nanah.
Pada waktu tu, saya masih belajar di tahun kedua pengajian saya. Apakah simptom pertama pada mulanya? Setiap kali buang air besar, setiap kali itu la perianal akan membengkak. Beberapa minggu juga keadaan saya macam tu. Pedih memang tak tahu nak cakap la, sangat pedih! Di manakah perianal? Lihat pada rajah di bawah.
Treatment of Fistula-in-Ano
Sumber : google

Banyak kali saya terpaksa ponteng kelas. Klinik agak jauh dari mahallah, nak jalan pun tak terdaya sebab pedih sangat. Sekali sahaja saya ke klinik dan doktor cakap saya kena buasir kot. Sakit hati kan?Main kot2 je dia. Then doktor bagi saya ponstan dan ubat sapu untuk surut bengkak. Makanya selepas beberapa minggu menderita bengkak di perianal, akibat ubat sapu tersebut, bengkak tersebut pecah dan mengeluarkan nanah. Kesannya tersangat lah gatal dan tidak selesa. Bayangkan nanah keluar melalui dua jalan. Satu dari dalam anus dan satu lagi bahagian luarnya. Ia membentuk satu terowong dari dalam. Untuk lebih faham, sila baca dulu entri saya terdahulu mengenai FIA.

2) Awal tahun 2007-Checkup balik.
Kebetulan pada masa ini, tisu lutut saya terkoyak sedikit dan memerlukan rawatan fisioterapi di HKL. Sepanjang semester tersebut saya terpaksa berulang-alik buat rawatan seorang diri. Segan pun ada pada mulanya. Yelah, dekat klinik fisioterapi kan dipenuhi warga emas. hehehe. Ada seorang auntie Cina ni menegur saya, bertanya saya sakit apa. So cerita la sikit kat dia. And then, tahu apa dia balas? "Muda-muda sudah sakit lutut". Waaa!Tapi saya senyum je la...

Berbalik pada FIA. Ketika cuti akhir semester, saya balik kampung dan pergi ke klinik sakit puan untuk checkup balik dengan penyakit misteri itu. Doktor melakukan diagnosis dengan teliti. Saya hanya ke klinik ditemani adik bongsu yang masih kecil. Dan doktor sahkan saya ada FIA. Dia nasihatkan saya buat pembedahan kecil. Mendengarkan pembedahan sahaja sudah cukup buat hati saya seram dan takut. Saya balik rumah dan menangis semahunya. Sudah la lutut pun belum sembuh masa tu, ditambah lagi dengan FIA. Sengsara sungguh perasaan waktu tu!

3) Tahun 2009-Ubatan tradisional.
Ketika ini, pengajian saya sudah masuk tahun ketiga semester pertama. Antara tahun 2007 dan 2009, saya tidak melakukan pembedahan sebagaimana yang disarankan oleh doktor sakit puan tetapi saya mengambil jalan lain mencuba ubatan tradisional. Ibu membawa saya berjumpa tabib Cina Yunan Muslim di Kota Bharu. Dalam masa tersebut, tidak ada perubahan apa-apa dan tidak ada tanda-tanda pun FIA akan hilang selepas saya mencuba ubat tradisonal tersebut walaupun setiap hari saya pastikan 'tempat' sakit itu dikeringkan.

Saya banyak ambil MC, masih lagi terpaksa ponteng kelas akibat iritasi dan kegatalan yang terlampau. Lalu, ada sahabat yang mencadangkan saya ke Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur berhadapan dengan Institut Jantung Negara (IJN) menemui pakar sakit puan. Saya beritahu pakar tersebut yang saya ada FIA dan dia terus rujukkan saya ke pakar bedah disebabkan saya sudah mengalami chronic infection. Consultation dengan pakar sakit puan dan pakar bedah saja dah mencecah hampir RM300, belum lagi kos pembedahannya.

Lepas sahaja habis final exam, keesokan harinya saya terus dimasukkan ke wad Pusrawi pada waktu pagi dan pembedahan dilakukan pada pukul 3 petang. Pembedahan berlangsung selama setengah jam. Syukur, lepas pembedahan gatal dan pedih akibat nanah hilang sekelip mata setelah saya menahan sakit selama 2 tahun!

4) Tahun INI-Sakit berkurangan.
Luka pembedahan saya masih belum sembuh sepenuhnya. Adakalanya bleeding. Tapi syukur kesakitannya sudah berkurang berbanding keadaan saya sebelum ini.

InsyaAllah entri seterusnya saya akan cuba berkongsi penjagaan selepas pembedahan FIA dan juga rawatan susulan.

Sesiapa sahaja yang menghidapi FIA, boleh share info dengan saya di kotak komen atau hantar saja ke email saya.

12 comments:

~aSHa~ said...

pelbagai jenis penyakit rupanye wujud di bumi ni..cuma tau tak tau jerk..kalo kita tak kena lagi..mmg tak tau pun jenis penyakit ni....dgn namanye yg unik lagi..lagi la sukar nak kenal jenis penyakit..kan..

terima kasih berkongsi maklumat...boleh jadikan panduan jika ada saudara mara, kawan2 yg terkena nanti....

Unknown said...

hmm itulah akak,saya pun mula2 dengar pun pelik..penyakit apa la saya kena..tempat sensitif pula tu yang kena..

kalau dekat afrika,wanita bersalin memang ramai kena sebab kat sana mana la cukup alat kat hospital..lagi kesian diorang..

Unknown said...

thanks for info.... baru first time remy dengar penyakit nie....
leh buat pamduan utk semua pembaca.....

Unknown said...

remyhazza:

you are most welcome..:)

saya memang agak ramai yang tidak tahu pasal penyakit ni sebab tu saya kongsikan..:)

Ayie:

Tapi penyakit ni bukan senang nak sembuh Ayie,ada pesakit FIA sampai beberapa kali pembedahan pun tak sembuh2..huhu

doakan saya pulih ya..:)

Cikgu Jaja™ said...

ehhh..kak tiniey sakit??? tak tahu ponnn

dulu kuliyah nampak mcm xde pape jer..

pandai kak tiniey sembunyikan penyakit eh

ya Allah..sakitnyer tu..syukur hampir2 pulih..

shafakillah...semoga kak tiniey sehat2 ceria2 selalu..

sayang kak tiniey.jaga diri, mkn ubat

Unknown said...

Cikgu Jaja:

haha you don't know me..bukan sembunyikan tapi susah orang nak faham penyakit ni..bila cerita,semua kerut2 kening dan dahi..haha..

Itu sakit dulu..sekarang penyakit lain pulak datang dan bila sakit itu ini,jadi sangkut pautnya banyak..

nanti la kawe cerita lagi bab2 sakit...hehehe

Mr. Sexobeat said...

salam EM saya rasa saya pengidap penyakit ini juga...sebab simptom2nye sama dgn sakit yg saya alami skang ni..bole x saya EM hubungi saya atau tngglkn contect sy ingin mengetahui lebih lanjut pasal sakit ni dan kos pembedahan tersebut... hubungi sya di schmikes81@yahoo.com 0173744872

Unknown said...

Mr Sexobeat:

Waalaikumussalam..

saya dah email..boleh cek inbox..:)

Unknown said...

Nama penyakit yg pelhk sy tau pn heran lg coz xpenah dgr sy mgkn kena sakit ni tp bnyk smptom2 xada saya alami jom kita kongsi kshatan

lin_cs said...

boleh x nak mintak email admin..sya berminat dgn penyakit nie

Nazihah said...

Salam admin... saya baru dapat tau dari doc pakar yang saya penghidap pesakit ini.. doc mencadangkan saya menjalani pembedahan fistulotomy...diharap admin sudi berkongsi pengalaman selepas pembedahan dgn saya sbb saya sangat takut sekarang ni...
harap hubungi saya
nurnazihah87@gmail.com

Anonymous said...

salam admin saya pon ada penyakit ni tp x baik sehinga skg . email saya hafizrasavillage@gmail.com