Friday, February 5, 2010

Home » » Kesihatan | Fistula In Ano: Definisi, Punca, Simptom,Diagnosis,Jenis dan Kos Rawatannya

Kesihatan | Fistula In Ano: Definisi, Punca, Simptom,Diagnosis,Jenis dan Kos Rawatannya


Anda pernah dengar istilah saintifik FISTULA IN ANO? Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin tidak ada atau tidak tahu langsung mengenai penyakit ini. Sesetengah individu ada yang tahu tapi dengan cara mendiskripsinya.

Definisi:

FISTULA ialah bukaan kecil yang tidak normal terletak berhampiran dengan anus di mana ketidakselesaan sering timbul pada seseorang yang mengidap penyakit ini. Ini disebabkan timbulnya saluran kecil seperti terowong antara salur anal dan kulit luar.

Punca dan Sebab:

Sebab atau punca utama yang boleh menyebabkan terjadinya luka pada kawasan luar anus ialah menggaru, mencukur, terkena jangkitan 'rambut', malah boleh juga disebabkan sembelit.

Simptom:

Simptom awal yang timbul dari penyakit ini ialah kulit luar yang berhampiran dengan anus akan membentuk bengkak kecil, kemudian ia akan pecah dan akan mengeluarkan nanah. Pesakit yang mengidap penyakit ini akan mengalami kepedihan dan berdenyut pada tempat tersebut selepas membuang air besar.

Lebih teruk lagi, pesakit akan merasa kegatalan yang teruk dan kadang-kadang akan mengeluarkan darah. Ia tidak seperti penyakit buasir. Pesakit FISTULA boleh lagi duduk dan berjalan seperti biasa. Cuma pedih dan gatal yang teramat akan dirasai selepas membuang air besar kerana kebiasaannya FISTULA akan membengkak dan surut selepas nanah keluar.


Diagnosis dan Pemeriksaan:

1) Pemeriksaan Proctoscopic.
Doktor akan membuat pemeriksaan lanjut jika bengkak sudah pecah atau membuat pemeriksaan Proctoscopic iaitu sejenis alat seperti tiub yang dilengkapi dengan cahaya untuk memeriksa rektum. Ini biasanya akan dilakukan oleh doktor pakar.

2) Pemeriksaan Radiologi.
Pemeriksaan ini akan dilakukan jika FISTULA sukar untuk dikenalpasti tempatnya atau jika FISTULA berulangkali timbul dan banyak tempat terjadinya FISTULA.

Jenis Rawatan:
1) Belah dan Picit.
Pesakit dinasihatkan untuk membelah dan memicit bengkak yang timbul pada permukaan kulit berhampiran anus jika bengkak tersebut belum lagi pecah dengan sendirinya mengeluarkan nanah. Rawatan ini juga pernah disarankan oleh salah seorang pakar bedah dari PUSRAWI(Pusat Rawatan Islam). Awas!jangan lakukan sendirian, sila jumpa doktor.

2) Fistulotomy atau Fistuloctomy.
Doktor akan melakukan pemotongan terbuka untuk tahap rendah FISTULA. Ia memakan masa yang lama untuk sembuh tetapi peratusan untuk tidak berulang lagi FISTULA amat tinggi.

3) Seton.
Jika kedudukan FISTULA berada di atas salur anal, doktor akan membuat jahitan sahaja atau sekali dengan Fistulotomy. Ini disebabkan kedudukannya yang agak dalam dari anus. Rawatan ini biasa akan dilakukan pada pesakit yang mempunyai FISTULA yang kompleks dan kronik.

Kos Rawatan:

1) Rundingan bersama pakar.
Boleh mencecah RM200 ke atas sekali dengan pemeriksaan biasa. Kos sebanyak ini biasanya di hospital swasta. Tetapi jika anda ada panel seperti syarikat atau insurans, boleh dibayar menggunakan panel tersebut.

2) Pembedahan.
Memandangkan ini hanya pembedahan kecil, jika di hospital swasta ia boleh mencecah lebih kurang RM3500 untuk FISTULA yang tidak kronik. Kos ini sekali dengan wad+diagnosis+pembedahan. Sama seperti rawatan di atas, anda boleh guna panel untuk membuat bayaran kos tersebut.

Untuk rundingan dan pembedahan bagi hospital swasta, aku syorkan hospital PUSRAWI kerana di sana kebanyakannya doktor pakar adalah perempuan. Ini selesa sikit buat pesakit perempuan. Pesakit lelaki aku tidak tahu mereka macam mana.hehe. Kalau hospital kerajaan, mungkin kosnya ratusan saja untuk pembedahan kecil kalau tidak silap aku. Correct me if i'm wrong.

Penyakit ini jangan dipandang remeh kerana ia mungkin boleh menyebabkan timbulnya penyakit lain jika tidak dititiberatkan. Jadi, jagalah kesihatan anda sebaik mungkin!

Update terbaru mengenai Fistula :

http://zihnunfatin.blogspot.com/2012/09/kesihatan-fistula-in-ano-atau-anal.html


27 comments:

Jard The Great said...

arghh.. ku blaja mcm medic student kat sini.. ehehe

ZihNuN FaTiN said...

hahaha..sekadar berkongsi apa yg ku tahu..=)

Anonymous said...

Salam,

Saya adalah salah seorg mangsa penyakit fistula. Saya pernah masuk wad sebanyak 2 kali di HUKM dan Ampang Puteri tapi malangnya hospital yang canggih sebegitu masih tidak dapat mengesan kedudukan sebenar penyakit Fistula tersebut walaupun MRI dan Endoskopik telah dilakukan sebanyak 2 kali. Hingga sekarang saya masih lagi menanggung penyakit tersebut dan saya mencuba rawatan kampung pula.

Ada sape-sape boleh tolong tak, apakah ubat yang sesuai untuk merawat penyakit tersebut. Apa2 pun boleh contact saya utk berkongsi maklumat. Terima kasih

Ni email saya:
baha3344@yahoo.com

avantgarde14 said...

hahahaha... dah blaja dah!!!

~CiK TiNieY~ said...

@avantgarde14

alhamdulillah kau dh blj...;)

avantgarde14 said...

amin!! bersyukur sesangat!!! huhu...

~CiK TiNieY~ said...

@avantgarde14

aameen..;)

Anonymous said...

salam,

saya pernah kena fistula in ano tahun 2008 dan buat operation di HUKM bahagian swasta. Alhamdulilah da ok tapi sekarang 2011 dia macam nak naik balik..ada tak perubatan yang boleh hilang trus fistula in ano nie..seksa betul..saya nie asalnya selalu sembelit pastu naik la fistula in ano nie...ish..lemah badan

~CiK TiNieY~ said...

wslm...

selalu terpulang pada jenis fistula...kalau yang biasa,iaitu berada pada aras paling bawah dan menggunakan rawatan no 2,peratusan untuk TIDAK BERULANG AMAT TINGGI..Namun,masih perlu berhati2 dalam mengambil pemakanan...pastikan sembelit tidak kerap...banyakkan makan makanan pelawas macam sayur,buah2an dan minum air masak sebanyak mungkin...

Saya pun tak tahu sejauh mana rawatan yang boleh hilangkan terus fistula sebab saya bukan doktor...hehehe...Cuma saya yakin setiap penyakit ada ubatnya..

Jaga pemakanan dan kebersihan...Itu saja yang saya boleh sarankan...:)

Nazri said...

salam, nk tanya.. selepas buat pembedahan fistula macam mana nk buang air besar dgn luka yg besar tu?

~CiK TiNieY~ said...

@Nazri

Wslm..

Biasa doktor akan bagi ubat lembutkan najis...memang mula2 nak buang air besar lepas pembedahan rasa pedih2 sikit tapi lama2 insyaAllah tak ada masalah...itupun kalau rawatan secara potong saja...kalau yg berjahit saya tak pasti..

Anonymous said...

Saya pesakit fistula in ano. Sampai sekarang masih belum sembuh.. Sudah hampir 2 tahun... Sape ad apa2 maklumat atau nak sharing boleh contact saya kean_limx@yahoo.com

Embun Melati said...

anonymous:

Saya simpati dengan saudara/saudari..Jangan putus asa ye untuk berusaha..Saya dah email saudara/saudari..Harap perkongsian saya dapat membantu walaupun sedikit..Saya bukanlah doktor tapi berkongsi apa yang saya tahu memandangkan saya juga menghidapi penyakit ni..:)

Anonymous said...

ambil berapa lama nak sembuh???

Anonymous said...

admin ambil berapa lama nak sembuh, maklum la saya umur 15 tahun dah kena penyakit ni, baru dalam 6 bulan....

Embun Melati said...

Wallahua'alam...

saya pun tak tahu berapa lama boleh sembuh..bergantung pada cara penjagaan selepas pembedahan, kebersihan dan juga cara pemakanan yang sihat...

Insyaallah lepas ni saya akan kongsi cara penjagaan selepas pembedahan serta cara pemakanan..kerana saya juga pesakit FIA..

Jangan putus asa ya untuk cari ubat untuk segala penyakit..:)

Anonymous said...

kalau keluar darah masa buang air besar, memang biasa ke? bagi penyakit fistula

Embun Melati said...

Anonymous:

Ya kadang2 darah akan keluar dan akan sentiasa bernanah kalau tidak dirawat..

Jika selepas pembedahan, pada awalnya memang keluar banyak juga darah..luka pembedahan normal kalau keluar darah..Kalau terlalu banyak,cepat2 jumpa doktor..

Jaga pemakanan..jangan makan pedas dan juga terlalu masam..

Anonymous said...

salam. Terima kasih atas inisiatif embun melati berkongsi maklumat penyakit ini. saya terpanggil utk kongsi pengalaman saya, yang mana suami saya ada masalah yg sama, 5 kali operate, saya tahu perit yang dialami suami, dan pesakit yg ada masalah yg sama, terutama slps op, bila nak buat dressing tuhan saje yg tahu!!. Sampai kerja nurse pun saya tahu (dah pandai buat dressing sendiri). Sampai sekarang slps 5 tahun masih x sembuh, kadang2 discaj masih ada, cuma x sakit dan masih kena letak kapas @ pantiliner. Ada beberapa makanan yg saya dapati tidak sesuai seperti makanan laut yg x fresh, kalau fresh ok, air kelapa blh mybbkan tempat luka berdenyut2, paling penting jgn stress kalau x lagi cepat sakit.

Embun Melati said...

Anonymous:

Wslm..sama2..saya rasa penting untuk untuk berkongsi memandangkan artikel banyak dalam bahasa inggeris..jadi saya tulis dalam bahasa melayu untuk memudahkan orang lain faham..

Ya,memang sakit ni tak dapat diramal bila boleh sembuh..betul2 kena jaga dalaman dan luaran..cuba la perubatan homeopathy untuk ubat dari dalaman..

Pn Hana said...

Embun melati, maaf nak tanya sakit cik dah sembuh sepenuhnya ke? Adakah dengan rawatan hemopathy? Mcm mcm cara kami telah cuba. how to contact you? Harap bantu. Tq

Embun Melati said...

Pn Hana:

Saya boleh dikatakan sembuh 70-80%..nanah memang dah tak ada..dan luka sebelah luar memang dah sembuh..Luka dalam selepas pembedahan saja belum sembuh sepenuhnya..Kadang2 bleeding..

Saya mula ambil ubat homeopathy masa bulan puasa tahun ni..cuba pulihkan daripada dalam..

Jaga pemakanan betul2..amal pemakanan sihat..Elak makan pedas,masam2..

Kalau nak contact saya boleh email atau add YM..qais135yahoocommy

:)

Amir said...

Salam ;

Sekadar berkongsi pengalam dengan yg mendapat nasib yg sama dengan saya

Saya telah 6 bulan mendapat fistula, dan mendapat rawatan dan pembedahan dari UM Specialist Centre. Kos perubatan mencecah 4K dan doktor 'drill' dari luar sebesar jari kelinking. Setelah 2 bulan pembedahan, luka telah tumbuh tp nanah masih kadang2 keluar dan sedikit darah. Masih lagi memakai dressing.

Saya seorang yg aktif bersukan, bila mula berlari, lubang yg sgt kecil sekarang akan mengumpul mukus dari salur dubur dan keluar dr lubang. Hingga sekarang saya masih memakai dressing dan bawak ke mana2 jika emergency,

Petua : saya selalu rendam di dalam Epsom Salt utk melegakan bengkak dan ketidakselesaan. Dan sentiasa bersihkan kawasan fistula kerana ia amat mudah dijangkiti kuman.

Kalau ada petua secara kampung, atau ubatan homeopathi minta kongsi dgn saya. Tahun 2013, klu tak sembuh jugak saya nak ikhtiar perubatan alternatif

Terima Kasih
Amir
muzamiro@gmail.com

Permata Hatiku said...

Assalamualaikum..
saya nani dr tawau sabah..

Saya mgkin salah seorang penghidap penyakit fistula in ano.. tp xpasti sebab doktor swasta sahkan saya kena fistula tp bila pergi hosptal doktor pakar sahkan saya kena buasir.. saya jadi bingung.. saya akui kedudukan fistula(mcm bisul) saya berhampiran dgn saluran najis.. dulu 8bulan lalu keadaan mang sakit terasa ngilu,gatal,nanah+darah(kuar sedikit sj) kini dah masuk 2bulan keadaan itu berbeza gatal tidak,nanah+darah (tidak kuar) mohon sesapa ble share betulkah sy kena fistula .. atau ble email sya untuk perubatan altenafit(cara kampung) ummi_hafiy@yahoo.com terima kasih... mgkin embun melati ble tolong saya...

Embun Melati said...

Waalaikumussalam.

Saya dah balas email Nani. Boleh cek di inbox ye..:)

Anonymous said...

salam.boleh mintak email admin x? sya nak tnya beberapa perkara tentang sakit niee..

Anonymous said...

Assalam puan. Saya br operate fistula in ano semalam. Boleh saya dapat perubatan homopathy yang mcm puan cakap. Email saya adatu76@yahoo.com.my or 0176720649. Tq so much