Jari jemari sudah tidak tekun mahu menitip sepatah dua cerita di sini. Cerita sentiasa ada tapi tak terluah.
Mungkin sudah mula muak.
Mungkin juga sebab faktor umur. Tidak betah berlama-lama menulis dan mengerah tulang belulang jari.
Hai, macam mana la nak sambung belajar kalau idea pun terkambus di dasar kelipatan minda tapi tidak terhasil melalui pena.
Gambar-gambar menarik rajin saja diambil walaupun pakai telefon bimbit murah. Boleh la untuk dibuat kenangan. Nak dikongsi di sini saja terasa malasnya berapi-api. uwaaaa...
Ok merepak sudaaaa...
Nanti lah tunggu mood datang balik. Jatuh ke laut tidak pulang-pulang lagi. Mungkin beberapa purnama lagaknya.
2 comments:
kena dptkan mood tu balik.... insyaAllah...moga bersemangat kembali.....
Remy Hazza:
Baru tadi mood datang balik..hehehe
Post a Comment