Saya berkunjung lagi ke UIA tiga hari sebelum ini. Tempat menuntut ilmu yang tidak akan pernah saya lupakan seumur hidup saya. Walaupun hanya memijak tanah UIA untuk urusan yuran pengajian Sarjana, perasaan tenang pasti saya rasa saat stereng kereta saya pulas masuk melalui pintu pagar utama UIA.
Saya sampai di UIA agak lambat, kira-kira pukul 2.30 petang kerana waktu paginya ada temujanji dengan doktor bedah.
Perut keriuk keriuk berbunyi pinta diisi.
Kereta saya parkir di Kuliyyah Ekonomi. Kemudian melajukan langkah ke kafetaria untuk bertemu Zila, sahabat yang saya kenali sewaktu Ijazah Sarjana Muda dahulu.
Zila major dalam Psikologi, manakala saya hanya minor saja tetapi major dalam Bahasa Arab dan Kesusasteraan.
Saya menunggu Zila kira-kira sepuluh minit. Walaupun perasaan lapar begitu tinggi, saya mesti tunggu dia dulu.
Sebaik saja Zila tiba, saya meminta izinnya untuk membeli sarapan tengahari walaupun tengahari sudah lama berlalu. Saya ambil saja mana-mana lauk yang ada. Saya memang jenis yang tidak cerewet makan.
Harga makanan hanya tiga ringgit!
Lebar saya senyum. Jauh-jauh datang, harus lah murah makan. Minyak dan tol pun dah berapa saya habiskan.
Selepas bersantap, kami menuju ke pejabat bendahari untuk mendapatkan surat pengesahan bagi pengeluaran pendidikan dari KWSP.
Surat pengesahan dari bendahari tidak dapat saya ambil lantaran saya menangguh pengajian saya ke semester depan. Pihak bendahari perlukan nombor matrik baru untuk release surat. Nombor matrik baru pula hanya boleh didapati setelah saya membuat pendaftaran kelak.
Zila setia menemani saya walaupun kedatangan saya ke sana Allah tidak izinkan saya untuk mengeluarkan lagi duit KWSP buat menanggung yuran pengajian saya. Tidak mengapa, hanya sementara waktu. Hanya sedikit kecewa saja.
Kami berdua keluar dari situ. Terus berjalan-jalan sampai depan masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Ada beberapa gerai dibuka di hadapan masjid. Ianya juga berdekatan perpustakaan UIA.
Saya membelek-belek beberapa jenis tudung dan juga stokin Syria. Kebetulan kawan sepejabat saya mengirim stokin jika saya singgah di UIA. Tudung tidak jadi beli tetapi stokin yang saya beli.
Kalau ikut kehendak, memang mahu sambar saja tudung di sana. Bagi saya, UIA adalah 'syurga' tudung dan busana muslimah. Oleh itu, kalau tidak hati-hati mengawal kehendak tersebut, parah nanti. hehehe..
Gerai demi gerai kami kunjungi. Sehinggalah ke gerai aiskrim.
"Nak aiskrim tak?", saya menawarkan pada Zila. Niat mahu belanja kerana dia bersusah payah menemani saya di sana.
Zila mengangguk laju. Aiskrim memang enak dinikmati tatkala matahari juga enak memancar garing. Basahkan tekak masing-masing dengan makanan sejuk. Zila memilih aiskrim kon perisa strawberi dan vanila, manakala saya pula memilih perisa vanila sahaja.
Satu kon seringgit. Beli dua, dua ringgit la. hehe.
Makanan murah lagi.
Tak sabar rasanya mahu jadi pelajar.
Ketika sepasang kaki kami masih meneruskan rondaan, telefon bimbit saya melagukan lagu Freedom oleh Maher Zain.
"Usrati Ma"
Itu nama ibu saya yang saya simpan dalam telefon bimbit. Semua nama ahli keluarga saya akan dahulukan dengan nama Usrati di hadapan, kemudian disusuli dengan nama panggilan masing-masing.
"Helo assalamualaikum", saya menyapa.
"Waalaikumussalam. Macam mana pergi hospital pagi tadi? Apa kata doktor?", ibu bertanya penuh tenang.
"Alhamdulillah positif. Tidak ada apa-apa. Doktor nasihatkan orang turunkan berat badan. hehehehe..", saya ketawa serentak dengan ibu.
"Orang kat UIA ni. Ingat nak uruskan yuran pengajian. Tapi tak dapat juga nak keluarkan duit KWSP untuk bayar yuran pengajian disebabkan orang tangguh semester. Nampaknya kena pakai duit sendiri juga la.", saya menambah lagi.
"Duit simpanan sikit-sikit tu ada tapi masih tak cukup.", saya mengadu lagi.
"Tak apa lah, ma tambah la mana-mana yang tidak cukup.", ibu membalas.
"InsyaAllah orang cuba cari duit lagi untuk bayar yuran.", tawaran ibu tidak saya tolak, juga tidak berkata saya rela menerima dengan hati senang.
Saya sebolehnya tidak mahu susahkan ibu dan abah saya lagi.
Dan hari-hari otak saya ligat mahu cari duit lebih lagi.
Pasti ada.
Ya, minggu depan mungkin waktunya.
Kadang-kadang rezeki akan datang tanpa disangka.
InsyaAllah. Doakan saya.


5 comments:
betul...rezeki memang tak diduga......kalau org tu ikhlas nak kasi.... kita kena redha terimanya....
Remy Hazza:
Bila ada orang nak bagi, mesti kita suka lagi-lagi ibu sendiri tapi tetap ada rasa bersalah..huhu
Ayie Abbas:
Betul tu..bukan apa,adik beradik ramai,sebolehnya tidak mahu susahkan mereka lagi..cukup2 lah guna duit ibu bapa..huhu
wah.akak menang pertandingan apa..apa2 pn semangt harus kuat.titipan doa sndri,parents, family n friends sgt2 pntg..sbb berkatny sesuatu itu jika ramai yg mendoakan untukny..good luck then! sampaikn salam sy bt our lecturers there!
kak tiniey pong jg diri molek2.. syg kau kak! ;-)
Cikgu Jaja:
menang pertandingan menulis esei jawi 1 malaysia..hehehe
ye keberkatan doa itu memang penting..:)
Thanks my dear..:)
Post a Comment