Thursday, February 21, 2013

Home » » Pelit | Aku...Bukannya Lemah...

Pelit | Aku...Bukannya Lemah...



"Pelajar yang lemah kena rajin bertanya."

Terngiang-ngiang kembali kata-kata tersebut saat ku bertemu secara tidak sengaja dengan beliau kelmarin. 

Dahulunya, aku hanya lah seorang pelajar yang biasa-biasa. Berada di kalangan teman-teman yang lebih bijak buat diriku terasa kerdil di suatu sudut. Setiap kali kelas, mereka pasti berani berhujjjah dengan guru, bahkan tidak takut untuk melontar pelbagai soalan.

Sekali lagi, aku hanya biasa-biasa. Untuk berhujjah jauh sekali, melontar soalan hanya sekali sekala, menjawab pertanyaan pula kadang nya hanya dengan senyuman atau errrrr.

Jujur aku katakan dahulunya aku tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya pada pelajaran lantaran pelbagai masalah luar mencampuri kehidupanku sebagai seorang pelajar. Aku tidak mahir dan tidak matang sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah.

Ada ketika, aku mengulangkaji pelajaran bersama masalah-masalah yang tiada hentinya.

Maka ianya memberi impak sedikit sebanyak kepada prestasi pelajaranku.

Tetapi..

Tahun ini, aku jejakkan kaki di taman dengan semangat baru dan keyakinan baru.

Beliau yang pernah melabel diriku sebagai pelajar yang lemah sedikit terpempan dengan kehadiranku di sini. 

Aku bukan pelajar yang lemah. Aku tidak akan sesekali mengakui diriku lemah. Bukan ego yang aku pertahankan di sini, tetapi untuk memelihara keyakinanku di masa hadapan.

Pengalaman bekerja, mengenali pelbagai ragam manusia, menautkan ukhuwwah dengan kawan-kawan baru memberi satu pelajaran yang sangat bererti buat diriku.

Di sini, aku hadir dengan diriku yang baru. Demi mereguk ilmu yang aku sentiasa minati sejak dari bangku sekolah menengah lagi iaitu Bahasa Arab.

"Apa khabar? Anti sambung pengajian Sarjana di sini?".

"Alhamdulillah sihat. Ya saya menyambung pengajian Sarjana dalam bidang Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua (Arabic As A Second Language)."

"MasyaAllah".

Terima kasih ustaz! Kata-katamu dulu juga buat diriku jadi seperti sekarang!.

Aku tetap juga manusia biasa, namun sedikit beda.:)

Kerana diriku lebih berharga. hehehe...

15 comments:

Cikgu Jaja™ said...

dr jauh kite dh nampak sinar seketul lg bintang bahasa syurga~

Allah ALlah..besar pahala kau study arabic kak..teruskan!

jgn peduli kata2 org yg dahulunya mcm meminggirkanmu..buat dek je ye ;p

dulu aku selalu kena puji, skg ape sudah jadi??? siries, malas dh nak sambung belajar.

skg pk mcm mn nak buat saham akhirat plak ^__~

Unknown said...

Cikgu Jaja:

Allah,kata-katamu membakar lagi semangatku untuk terus belajar memperjuangkan Bahasa Arab.

Sama-sama kita berjuang.InsyaAllah!:)

TiranaAduka said...

salam
Erm kalau nak panggil ustazah leh?
Serius ni..

TiranaAduka said...

nanti leh la tulis panduan bhasa arab kt blog.ta tempah dulu jadi pembca setia.

Unknown said...

Tirana Aduka:

Aduh tak layak rasanya dipanggil ustazah. Panggil seperti biasa je la ye?hehe.

InsyaAllah jika ada kesempatan saya wujudkan laman belajar Bahasa Arab.:)

Unknown said...

kata kata pencetus semangat.......
kita takan lemah selagi kita mampu berusaha

TiranaAduka said...

salam ustazah.
Tak sabar rasanya nak dtg kelas bhasa arab.

Unknown said...

Remy Hazza:

Semangat sangat perlu untuk meneruskan kelangsungan hidup.:)

Tirana Aduka:

Jangan la panggil ustazah. Macam ada barrier je.Panggil Embun Melati cukup.:)

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Tini...untung Tini dpt further study BA. Su sayang sgt BA tp tulah kan skrg ni komitmen kut lain plak. Hihi..tibe2 rasa rindu kat Tini. Hihi...teringat Tini bagi handmade borthday card ko su time peralihan 1 kat maahad mulo...huhu...

TiranaAduka said...

salam embun melati
Alhamdulillah dah sampai.maaf andai tibanya lewat.tiada niat selain niat yg suci dlm perhubungan sesama insan selaku hambanya..
Sekali lg ta memohon ampun dan maaf zahir dan btin.

Unknown said...

Sufi Al-Arshady:

Alhamdulillah untung dapat further study. Tapi Su lagi untung ada keluarga,suami dan anak-anak. Orang ni tua dengan belajar. Hahahaha..

Ingat lagi ye Su kad tu. Orang pun tak ingat dah.hihihi

Tirana Aduka:

Tak apa tiba lambat,yang penting dah berada di tanganku.hehe.:)

TiranaAduka said...

malu juga ta ni.dah diketahui identiti oleh ayah tini.adus...maaf tau..

Unknown said...

Tirana Aduka:

Dia bukan baca pun surat. Yang dia tengok gambar sepintas lalu. Tak ingatnya dia rupa TA. Hehehehe

TiranaAduka said...

lega rasanya.tapi masih tersipu malu malu.

Unknown said...

Tirana Aduka:

Tiada apa yang nak dimalukan. Bukan benda tak elok pun kan.:)