Tuesday, March 19, 2013

Home » » Puisi | Pada Angin dan Sibur-Sibur

Puisi | Pada Angin dan Sibur-Sibur


Sumber : Google

Hawa masih diam sendiri.
Sepi.
Hanya desiran angin cuba berbicara.
Menaakul gelojak hati gadisnya.
Angin berdesir lagi.
Kali ini tujahannya persis memarahi.
Seakan mahu memecah tembok jiwa.
Hawa terus degil.
Merantai kejap sekuat rasa.
Sibur-sibur berwarna jingga terbang landai.
Lantas hinggap di bahu kirinya.
Seketika menemani dirinya.
Cuba membela dia melawan angin.
Ah!Sibur-sibur itu kecil!
Manakan bisa berpadu tenaga sama angin.
Hawa mengerti.
Sibur-sibur mula terbang tinggi kembali.
Meninggalkan dirinya diratah sunyi.
Hawa fahami.
Angin dan sibur-sibur.
Keduanya aturan memaknai.

Nota pagi : Kenapa ya mata ini tidak mahu lelap sehingga pagi begini?

7 comments:

Tinta Lana said...

Salam..

Urmm..setiap apa yg ada skeliling kita dah memang ada aturannya kan.

Termasuk waktu tidur.. Malam adalah waktu rehat. Hee, lana pun susah nak tido skrg ni..kdg smpai 3pgi terbeliak lagi..

Unknown said...

Tinta Lana:

Waalaikumussalam.

Bahaya tu Lana tak boleh tidur.

Mari kita jaga kesihatan sama-sama.Hehehe

TiranaAduka said...

sibur2 tu apa?

Unknown said...

Tirana Aduka:

Sibur-sibur tu pepatung.:)

Unknown said...

kekadang mata belum ketikanya hendak beradu......

Unknown said...

Remy Hazza:

Kalau payah beradu mata,bahaya.:)

TiranaAduka said...

oic.bru ta tau.tq