Menggamit kenangan.
Lama sudah tidak menikmati kehidupan sebagai pelajar. Hampir tiga tahun. Dalam masa hampir tiga tahun tersebut ku mula meneroka sisi hidup sebagai seorang buruh.
Selepas graduasi pada tahun 2010, ku bekerja sebagai pembantu tadbir serta dalam masa yang sama sebagai seorang guru. Selama sepuluh bulan berkhidmat di salah sebuah sekolah rendah swasta di daerah kecil. Di sebuah bandar kecil yang dinamakan Pasir Mas.
Rintangan, duri dan luka ku pijak bersama perginya angin.
Bekerja daripada bawah memberi pada ku pengajaran yang bernilai. Bernilai lebih daripada mutiara di lautan.
Kemudian aku ditemukan lagi dengan pengalaman baru pada bulan Februari, tahun 2011 di Kuantan. Juga menyandang jawatan sebagai guru. Kali ini lebih mencabar. Ku diberi amanah mengajar maddah Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Fiqh, Quran dan Tajwid. Berkongsi ilmu yang telah ku pelajari bersama anak-anak muda yang suatu ketika dahulu aku juga seperti mereka. Ada yang haus dengan ilmu, tidak kurang juga masih lagi mahu mengenal apa itu erti ilmu.
Berada di bandar yang aku sendiri tidak pernah terfikir untuk jejakkan kaki, merasai merah debu berterbangan. Di sana ku jumpa ukhuwwah yang manis. Cukup untuk simpan sebagai satu kenangan terindah. Kawan, ku sayang untaian persahabatan antara kita.
Begitu masa cepat berlalu sehingga aku ditawarkan pula jawatan baru dari Shah Alam sebagai pegawai tadbir di salah sebuah institusi pengajian swasta.
Pengalaman berganda. Cabaran juga berganda. Perkara baru ku belajar. Mengenal rencah gaya orang Arab. Sehingga ku jadi lebih 'cengil'. Namun, kemanisan bersahabat tetap ada di sana walau berbeza sikap dan latar belakang.
Cerita ini ku simpan sebagai kenangan. Ku takkan pernah lupa.
Tiada rehat.
Pabila bergelar pelajar, kau dapat merasai cuti tanpa perlu dipohon atau mengambil tandatangan sesiapa biarpun ia sudah ditetapkan waktunya. Tanpa perlu ada rasa sakit di hati bila cuti tidak diluluskan. Waktu sebegini kau bisa pulang ke kampung halaman menatap wajah kedut kedua orang tua mu.
Cuti separuh semester memberi ku peluang untuk melepas sedikit lelah yang telah terkumpul hampir tiga tahun. Lelah bekerja siang malam mengumpul wang untuk ku sambung pengajianku. Lelah menghadapi segala pancaroba yang ku kira ku sudah berjaya mengharunginya dengan bantuan dariNya.
Cuti kali ini agak memenatkan. Tidak dapat juga merasa air tangan ibu. Tidur juga tidak cukup, ditambah bahang mentari agak tinggi akhir-akhir ini. Cuti yang penuh dengan aktiviti. Menghadiri walimah, menziarahi nenek sebelah ibu, juga menyelesaikan urusan kewangan. Biar begitu, ku fikir itu lah perjalanan hidupku yang harus ku terima. Hidup yang tiada rehatnya dari ujian.
Kisah surat dari Tirana Aduka.
Sebetulnya surat dari Tirana Aduka ku terima sebelum cuti lagi. Suratnya ku selit dalam beg bersama-sama dengan surat permohonan pinjaman MARA.
Segala dokumen berkaitan dengan MARA perlu dibuat pengesahan. Ku pergi bersama abahku ke rumah Pengerusi JKKK untuk mengambil cop dan tanda tangannya. Setelah itu kami menuju ke Pejabat Tanah Pasir Mas untuk mematikan setem pada buku perjanjian.
Setelah semua selesai, tiba-tiba ku teringat masih ada satu lagi dokumen yang belum disahkan. Abah seperti biasa membebel dengan kecuaianku. Kami bergegas menuju ke rumah Pengerusi JKKK kembali. Dalam perjalanan kami terserempak dengannya dari arah jalan yang bertentangan. Dia melambai-lambai tangan ke arah kereta yang dipandu Abah.
Sambil berlari-lari anak melintasi jalan raya, dia menghulurkan sampul surat ke arah Abahku serta mengalukan lagi ke rumahnya untuk mengambil tanda tangan sekali lagi. Tanpa membuang waktu, Abah membuka sampul, meraih isi kandungannya.
"Ni surat apa, surat teman lelaki Tini."
"Eh sporting pula Abahku ni", hatiku berdetik.
Aku mencapai surat tersebut dari tangan Abah. Ah, rupanya surat dari Tirana Aduka!
"Bukan lah Abah, ini surat daripada penulis blog. Orang selalu baca blog dia, jadi dia mengirimnya sebagai tanda penghargaan buat pembacanya".
Maaf ya Tirana Aduka. Suratmu tercicir di rumah Pengerusi JKKK tanpa ku sedari. Hehehehehe.
Apa pun, suratmu masih dalam keadaan baik. Alhamdulillah.:)
Terima kasih tak terhingga untuk penghargaan seorang kawan. Ku persembahkan suratnya untuk tatapan semua. Tiada kontroversi, ada prestasi. Hehehehe.
Nota permintaan : Mahu surat lagi boleh? Hehehehe.
Nota pesanan : Cherish your life everyday!


14 comments:
kitaran hidup sepatutnya begitu..belajar tanpa henti, malah tgh2 bekerja pon seharusnya tambah ilmu di dada..x gitu kak tiniey???
wish u best of luck, semoga berjaya di dunia dan akhirat!
sayang kau kak!
Cikgu Jaja:
Memang. Everyday is for learning.:)
Aameen semoga doamu termakbul.:)
Sayang kau juga adik!
salam embun melati.
Begitu rupanya kisahnya..ape pun abah em memang sporting dan semua itu adalah atas kehendak Allah swt..
Niat ikhlas ta untk berkawan diizinkanNya..syukur aku.
Tirana Aduka:
Waalaikumussalam. Kebiasaannya Abah tak sporting bila datang bab berkawan dengan lelaki. Pelik bin ajaib tiba-tiba dia boleh cakap macam tu. Hahaha. Bila2, jemput lah datang rumah raya nanti.:)
Namaku Fatini. Tak ada masalah nak panggil Tini pun.:)
Salam Perkenalan...
Abe Akmal mmg sokmo mari Pasir Mas dah...sbb org Pasir Mas :D
Abe Akmal:
Bagus2..Sekapung la kito gitu gak..hehehehehe
sweet kan surat daroi bro tirana... remy pun akan simpan sebagai kenangan......
Remy Hazza:
Sweet sangat. Macam dulu-dulu..hehhe
terima kasih.
Tirana Aduka:
Sama-sama..:)
sweetnya mcm orng dulu2 berutus surat..:)
Kak Yon:
Kan? Bila dapat surat di zaman serba moden ni, rasa bernilai sangat..:)
Post a Comment