Thursday, May 23, 2013

Home » » Pelit | Separuh Dariku Sepenuh DariMu

Pelit | Separuh Dariku Sepenuh DariMu

Assalamualaikum.

Rasa separuh itu Yang Maha Pemurah titipkan nikmat sepenuh. Sepenuh yang tidak ku harap melengkapi separuh. Sungguh rasa hendak itu terbahagi dua tatkala dua kaki menapak ke destinasi tujuan. Apa natijahnya ku terima saja kali ini.

Tiada siapa menjangka malah aku sendiri hanya mencuba-cuba. Sudah tersurat Allah sediakan untuk hambanya ini yang masih kurang dari rasa kehambaan dan ketaatan yang jitu pada Sang Khaliq. Maka apakah kau tidak  mahu bersyukur lagi?

Separuh itu buat diri riang ria. Separuh juga memberi sinar seterang suria. Separuh itu melakar senyum di bibir mereka. Mereka yang penting dalam hidupku.

Separuh ke sepenuh hasil kantung kesabaran pecah di segenap sudut jiwa. Hasil pekung kantuk tak terhingga. Sungguh aku saat ini merenung betapa kasihnya Ar Rahman padaku. Mengurnia semangat tanpa ku sedari adakalanya.

Tuhan
Daerah ini aku raja
hanya ilusi semata
Bibit kasih
Kau beri
tidak pernah
hasil rugi
Maka dunia manusiawi
Hanya bisa berlari
Mencari satu mimpi
Takkan gapai
Jika tidak
dengan izin Ilahi
Separuh itu membaluti
Lalu untukku sepenuh diberi

Embun Melati
Kolej Unikop
11.44 a.m.ii

2 comments:

Areyoudys said...

assalamua'alaikum..
tersentuh

T__T

Unknown said...

Waalaikumussalam.

:)