Sunday, June 30, 2013

Home » » Pelit | Kisah Jodoh

Pelit | Kisah Jodoh


Sumber gambar dari Google.

"Nampak rilek je kamu semua yang belum kahwin ni".

"Tak nak kahwin ke?"

Ustaz R memandang kami si dara yang masih dalam lingkungan umur 20-an. Dia menujah pandangan sedikit kehairanan.

Buku puisi karangan Fahd Razy aku tutup sekejap, membalas pandangan Ustaz. Niat hati ingin mendeklamasikan sajak pada teman sekerjaku, Nadhrah tinggal sekerat jalan. Semuanya akibat pertanyaan tersebut.

Aku tersenyum, memberikan jawapan bersahaja padanya.

"Mahu Ustaz. Siapa lah tidak mahu berkahwin. Nanti lah, saya mahu kumpul duit dulu."

Dia menyambung perbualan kami lagi. Masih lagi pada topik perkahwinan, sementelah Ustaz muda di sebelahnya baru saja bertunang, jadi topik itu tentu hangat untuk diperkatakan.

"Iye lah, nampak tak risau apa-apa belum kahwin. Ni yang di sebelah saya ini boleh dikatakan setiap hari fikir macam mana mahu kahwin sebelum ini kerana waktu itu calon tidak ketemu."

Aku masih lagi tenang. Tidak emosi seperti dulu apabila sesiapa melontarkan soalan mengenai perkahwinan.

"Dalam hati siapa tahu Ustaz".

Masih lagi aku murahkan dengan senyuman.

Fahamilah, setiap orang punya sebabnya tersendiri apabila jodoh masih belum tiba. Ada kenangan dan kesakitan yang aku yakin mesti dirungkai dan dibasuh lukanya terlebih dahulu. Bilakah masanya aku tidak tahu.

Dan aku...

Masih belajar mengesat luka berdarah itu.

Kerana Melati apabila dipetik dari tangkainya, akan hilang buat selamanya. Dan waktu itu, Embunnya tidakkan mengalir lagi di kelopak lembutnya.

2 comments:

Cikgu Jaja™ said...

ha a kan kak tiney.. semua tu Allah yg set..boleh ke kita suruh2 Allah bg jodoh cepat..ofkos kita cuma boleh berdoa semoga Allah berikan yg baik2 dalam hidup kita..kalau kahwin tp dosa mencambah susah juga.. seeloknya kn bersabar, redho..dlm masa yg sama berusaha juga, tp kalau xsampai2 lg jodoh, guane???

:)

#ehh ustaz r tu sapo gak

Lukhman Taib said...

Keep calm...

and...

continue living your life

:D