Tuesday, August 27, 2013

Home » » Pelit | Surat Untuk Guru

Pelit | Surat Untuk Guru


Assalamualaikum.

Warkah ini..ku layarkan untukmu GURUKU...

Guruku, ku mengerti perasaanmu bilamana anak muridmu tidak memberi sepenuh perhatian di dalam kelas.

Guruku, ku mengerti perasaanmu bilamana ramai anak murid tidak hadir ke kelas.

Guruku, ku mengerti perasaanmu bilamana anak murid mengkritik caramu mengajar.

Guruku, ku mengerti perasaanmu bilamana tidak semua anak murid menyukai dirimu.

Guruku, ku mengerti perasaanmu bilamana masih ramai anak murid tidak mentaati agama Allah.

Guruku, ku mengerti perasaanmu bilamana anak murid berkata di belakangmu.

Guruku, ku mengerti perasaanmu bilamana anak muridmu kurang menghormatimu.

Guruku, ku mengerti perasaanmu bilamana anak muridmu sungguh sukar memahami apa yang diajar olehmu.

Guruku, ku mengerti perasaanmu bilamana anak muridmu tidak bersungguh mentelaah pelajarannya.

Guruku, ku mengerti perasaanmu bilamana anak muridmu tidak menghantar tugas tepat pada waktunya.

Guruku, ku mengerti perasaanmu bilamana anak muridmu mendapat markah peperiksaan yang mengecewakan.

Sesungguhnya guruku, siapa diriku sekarang adalah kerana jasamu juga.

Kerana didikmu, kerana ilmumu.

Guruku, segala tingkah dan segala kata yang pernah menghiris perasaanmu suatu ketika dahulu..

Ku pohon...maafkanlah diriku...maafkan anak muridmu ini yang masih dahagakan pedoman seorang guru setiap masa...

Kini ku mengerti perasaan dan penat jerihmu GURU.

Kerana aku juga ditakdirkan menjadi seorang GURU.

GURUKU...Terima kasih tidak terhingga!

GURU...Lilin yang membakar diri...


Embun Melati,
Kolej Unikop,
27 Ogos 2013, 1.50 petang.

No comments: