Mentari masih tegar di bumbung langit
memberi cahaya untukku terus mengukir senyum
ketika ia rembang
jemariku mengarang
aksara bunga bahagia
buat penawar lara
Sudah adat meraih bahagia
akan ada buah-buah duka
akan ada yang berdosa
akibat resah jiwa
kembali pada Yang Esa
Sudah adat resam dunia
ke mana kaki melangkah-onak duri melata
kau akan tadah air mata
dengan tanganmu sendiri
sehingga kering di celahan jemari
Kerana bahagia
kau biarkan ia
mengalir setiap masa
Demi kerana bahagia
kau korbankan bahagia
dan dirimu sengsara-derita bertahun lamanya
kau jatuh dan kau dongak kembali
kau berlari dan tersadung kaki-rebah lagi
kau duduk dan merangkak- merapati lutut sekuat hati
meraung dalam lautan sepi
Demi kerana bahagia
kau rafa' telapak tangan mengutus doa
"ku pohon teman setia, menemaniku dalam setiap nafas yang masih ada"
Benar janji Dia
Tidak ada dusta
Hadir dalam hidup sahabat suka dan duka
Hadir dalam hidup penuntut ilmu muda
Memberi nikmat rencah cinta
Kerana bahagia
di akhir usang umurku
ku harap ada yang menyapu air mata
memberi teduhan untuk hidup bersisa.
Embun Melati,
Mahallah Ameenah,
25 Ogos 2013, 1.32 petang.

No comments:
Post a Comment