Saturday, August 24, 2013

Home » » Pelit | Syawal Ini

Pelit | Syawal Ini


Anak murid sporting walaupun kadangkala menguji kesabaran. Apa pun, mereka juga seperti kita, masih belajar erti hidup sebagai khalifah Allah dan masih menggali ilmu yang bermanfaat.

Mereka juga cermin kita yang dahulunya pernah bergelar seorang pelajar. Dan aku juga sedang memegang gelaran seorang pelajar sarjana sepenuh masa tika ini. 

Saat ini, aku menunggu tibanya semester baru untuk mereguk ilmu. Tingkah laku aku juga mungkin seperti mereka. Aku seorang guru, aku seorang pelajar. Dalam masa yang sama, aku cuba berada di dalam kasut pelajar-pelajarku sendiri. Cuba memahami sebab segala kelakuan dan perangai yang ditimbulkan oleh mereka.

Mereka perlu dipandu. Begitu juga aku mahu pedoman jitu.

Duhai teman,

Syawal ini...Rupanya bahagia ada tersembunyi...

Syawal ini...Rupanya cinta perlu digali...

Syawal ini...Rupanya senyumku masih meniti...

Syawal ini...Rupanya aku dianugerahi...

Jika duka aku kerana terluka..

Suka ku balut dengan bual mereka..

Jika parutku masih di sana...

Ubatnya ada untukku ceria..

Syawal ini....


Embun Melati,
Mahallah Ameenah,
24 Ogos 2013, 12.40 a.m.

No comments: