Di dalam permusafiran
ada resah
menyucuk perdu atma
mencari sebuah kepastian
ada tangisan
yang mahu
kau usai kekeringan
II
Tika sela waktu
aku belajar menyulam redha
menenun songket ikhlas berwarna
akan tetapi
masih hati-hati melengkapi
kain cinta
takut saja
terkena serpihan kaca
III
Di balik kilauan cermin
dia yang berbusana jingga
terbit sendu di dalam jiwa
kerana cinta
dia jadi luka
gemersik suara
sering didamba
namun hampa
kerana dia
dahaga selaut kasih mesra
yang tidak bisa memilikinya.
Embun Melati
Merapoh
3 November 2013.
No comments:
Post a Comment