Assalamualaikum.
Selamat pagi Diari Maya...
Pagi ini begitu sunyi. Tetapi bilik aku di Mahallah Ameenah ini bising gara-gara perut yang minta diisi akibat mata tidak mahu pejam.
Nota : Maaf kali ini mahu menggunakan kata ganti diri aku. Kerana rasa lebih mampir dengan diri dan perasaan.
Diri sendiri tidak sihat, mata pula tidak mahu tidur. Puas doa dibaca, masih juga tidak lelap.
Mungkin diri termangu memikirkan hubungan persahabatan. Tentang makna sebenar persahabatan.
Seringkali aku mencari-cari sahabat untuk aku berkongsi, saling bertanya khabar, sanggup berkorban masa, duit dan tenaga. Yang tidak membiarkan aku seorang diri dalam kepesatan dunia. Yang tidak jemu mendengar aku bercerita, yang bersabar dengan kerenahku.
Ya, aku menjumpai sahabat. Lalu aku ditaburkan pelbagai janji demi keutuhan hubungan kami. Aku yakin dan pasti dengan kelembutan janji tersebut. Tetapi akhirnya mereka sendiri yang melupai janji kami. Akhirnya, aku tetap sendirian berlalu pergi.
Beberapa kali aku temui sahabat. Aku pasakkan rasa percaya dan kasih. Tiba-tiba tidak sampai 'sedekad', ianya goyah.
Bertahun aku sendirian tanpa sahabat.
Kemudian aku bertemu lagi.
Kali ini, aku pula dikatakan seolah tidak pernah memberi apa-apa sebagai tanda setia pada persahabatan. Seolah aku tidak reti meraih kebahagiaan. Aku hanya berharap mereka tidak melupai janji, tetapi ternyata janji tinggal janji. Aku bersabar, tetap bersabar pada mulanya. Aku cuba berlapang dada kerana kasihnya aku pada mereka. Aku dipinta cuba memahami, sedangkan aku hanya mahu mereka ingat pada janji. Salahkah aku? Aku tidak pohon material, yang aku pinta sedikit kiriman khabar biarpun sepatah perkataan 'sihat?" sebagai pertukaran janji. Oh terasa begitu hinanya aku meminta secebis cuma.
Aku tidak mahu mengungkit. Sememangnya aku tidak suka mengungkit. Biarlah mereka fikir aku tidak memberi apa-apa pada sebuah persahabatan.
Aku tidak mahu mengungkit. Sememangnya aku tidak suka mengungkit. Biarlah mereka fikir aku tidak memberi apa-apa pada sebuah persahabatan.
Teringat aku pada drama Filipina yang aku sedang tonton akhir-akhir ini bertajuk Stolen Moments (Hiram). Ianya berkisarkan 3 orang sahabat yang mempunyai keperitan hidup masing-masing, kemudian berjanji akan sehidup semati dan menganggap diri masing-masing sebagai ahli keluarga. Sehinggalah mereka dewasa, ketiga-tiganya meminati lelaki yang sama. Walaupun di dalam hati lelaki tersebut hanyalah Diana sahaja, tetapi dia mengalah demi harga sebuah persahabatan kerana dia tahu Beatrice menyukai lelaki yang dia cintai. Dipendam perasaannya sejak dari kecil lagi. Masa berlalu, Beatrice meninggal dunia meninggalkan seorang anak yang diberi nama Margaret oleh Diana dan Sophia. Margaret didaftar sebagai anak Diana. Sophia dan Diana lah yang membesarkan Margaret. Mereka berdua sanggup berkorban apa saja kerana kasih sayang di antara mereka. Banyak liku dan dugaan di antara mereka, tetapi ianya berjaya ditempuh kerana keutuhan persahabatan mereka. Kerana kasih sayang, jasa dan pengorbanan.
Aku yakin, kisah begini juga wujud dalam kehidupan realiti. Dan aku pernah nampak di kalangan mereka yang aku kenal. Bukankah persahabatan itu juga terbina di atas satu janji yang dipatri? Apabila janji itu dilupai, akarnya juga akan hancur sedikit demi sedikit.
Pengorbanan adalah harga yang perlu dibayar untuk sebuah persahabatan. Aku akui, terkadang aku rasa terlalu bodoh mengejar seorang sahabat walaupun hatiku diguris berkali-kali. Sifat aku yang mudah menyayangi orang lain, membuatkan aku sanggup terhiris berulang kali. Tetapi apabila aku sudah membuat keputusan untuk tidak berada dalam kehidupan mereka, aku tidak akan berpaling lagi. Aku bukanlah memutuskan ikatan persahabatan, tetapi biarlah aku sendiri mengharung kehidupan dan mencari kebahagiaan dengan cara aku sendiri seperti dahulu.
Dengan kenangan persahabatan dan orang lain yang disayangi, dia akan meneruskan kehidupan tanpa ada rasa terguris.
Terima kasih kerana pernah mengajarku tentang hujan, laut dan rindu.
"akan ku ingat setiap kenangan
di bianglala kehidupan".
Nota : Tafsirlah apa pun, kerana yang menanggung rasa adalah aku.
Terima kasih kerana pernah mengajarku tentang hujan, laut dan rindu.
"akan ku ingat setiap kenangan
di bianglala kehidupan".
Nota : Tafsirlah apa pun, kerana yang menanggung rasa adalah aku.
Yang akan berlalu pergi,
Embun Melati
Mahallah Ameenah
17 Februari 2014.

4 comments:
Rasa lama tak singgah di sini. Sis Zihnunfatin sihat?
Bila baca entri ini sangat-sangat rasa dekat dengan diri. Kadang-kadang kita mengharapkan sesuatu dari persahabatan. Kita nakkan mereka selalu ada di sisi kita. Tapi kita sering juga lupa, sampai satu masa, kita akan pergi juga dalam keadaan bersendirian.
Semoga sentiasa kuat menjalani setiap kehidupan sis. =)
*Nak tanya bianglala tu apa?
Faarihin:
Tak berapa sihat sikit akhir2 ni.
Aha, memang begitulah selalunya yang terjadi pada diri akak. Kita ditabur janji dalam persahabatan, tapi akhirnya janji yang dipatri lebur begitu sahaja.
Bianglala tu pelangi.:)
Semoga cepat sembuh kak. =)
Owh baru tu maksud bianglala itu.
lepas ni nak panggil pelangi dengan nama bianglala. Hehe. Macam comel je namanya. ^__^
Aameen insyaallah..
Hehe memang comel..:)
Post a Comment