
Cuti oh cuti. Sedar tak sedar sudah 9 hari aku berada di rumah setelah bergelumang dengan kertas-kertas peperiksaan untuk semester terakhir aku. Dua hari lagi keputusan peperiksaan semester terakhir bakal diumumkan. Apalah agaknya keputusannya? meningkatkah? menurunkah? atau masih sama kedudukannya? debarannya tetap ada. risau. takut.
Ketiadaan internet di rumah buat aku tak senang duduk. Apa tidaknya, sewaktu berada di UIA, internet boleh dilayari hampir di semua tempat dalam UIA. Di bilik aku dulu, memang beruntung sebab hari-hari dapat internet walaupun adakalanya menyakitkan hati. Biasa lah kan nama lagi free wireless.hehe.
Secara drastiknya pada 17 April, aku telah pun memberi keuntungan pada tokey kedai secara rasminya dengan membeli maxis broadband memandangkan aku telah mula bekerja. Hemm, secara umumnya bukanlah kerja rasmi lagi, masih lagi dalam training dalam jangka masa seminggu. Alhamdulillah, at least tak ada lah aku menggoyangkan kaki tiap-tiap hari di rumah menternak apa yang tidak patut diternak. ngee!
So far aku berpuas hati dengan broadband baru ni. Kira ok la kelajuannya. Maintain. Harap-harap la tak jadi beruk band lepas ni. hehehe..
Meleret la pula penceritaan aku ye. Tujuan asal aku sebenarnya nak review novel yang telah lama aku beli dan tidak punya masa yang mencukupi untuk aku membacanya sebelum ni. Namun, akhirnya aku telah mengkhatamkan juga novel "Blog Priasetia" ni, buah tangan sulung Anuar Kamaruddin kalau tidak silap aku la. hehehe..Correct me if I'm wrong ok Nuar?
Kalau dilihat dari kulit luar novel ni, comel!pinky!macam tuan pengarangnya juga comel!pujian ikhlas ni tau Nuar!^__^
Ada kelainan baru yang ditonjolkan oleh penulis ini. Mengenai watak Yuni Shora, Dr. Xavier@Dr. Iskandar, Tajul, Richard@Rasheed..masing-masing punya peranan yang unik dalam bidang kerja dan juga personaliti. Banyak lagi watak-watak lain tetapi watak-watak yang aku telah nyatakan itu merupakan watak yang paling menarik pada pandangan aku. hehehehe..
Satu percubaan yang bagus, bilamana psikologi dimuatkan di beberapa episod iaitu mengenai psikosis dan amnesia. Psikosis dialami oleh watak Minah iaitu emak kepada Amir walaupun secara realitinya Amir adalah Azroi, adik kepada Yuni yang mayatnya tidak ditemui selepas kemalangan ngeri, jipnya terjatuh ke dalam gaung ekoran dikejar polis kerana membawa dadah. Amir@Azroi mengalami amnesia selepas kemalangan itu. Minah dan keluarganya lah yang menjaga Azroi sehingga sembuh.
Susunan cerita dan watak yang saling berkait rapat memang memeningkan kepala aku pada mulanya. Tapi, bila dah masuk cerita di pertengahannya, barulah aku dapat tangkap. Yang paling best sebab pengakhirannya happy!Senyum sampai telinga aku baca episod terakhir tu...ahaks!
Mesti sesiapa yang belum baca tak faham apa yang aku merepek ni kan?hehehe..Kalau nak tahu, beli lah novel Nuar ni! untuk sesiapa yang minat mengadap novel je aku promote..Tak minat, sssshhhhh!hihihihihi..=p
******
Aku dah tak tahu nak letak mana koleksi novel aku yang asyik bertambah..gila novel punya pasal..lagi syok sebab mama aku pun suka baca!hahahaha..=p
3 comments:
dah lama saya tak baca novel.. nmpak menarik.. nak pinjam boleh? hehehe.. (^__^)
terima kasih fatin sudi baca dan buat rebiu lagi di blog...percubaan pertama nuar yang tak seberapa...budak baru nak belajar... :-D thee hee hee
Faarihin:
tunggu lps mak sy abes baca..hehhe..btul nak pinjam?
Nuar:
walau pe pn,novel nuar 2 sy suka..teruskan mempublish karya2 nuar ok?fatin pembaca tegar novel ni..hehehe
Post a Comment