Thursday, December 9, 2010

Home » » Tak Rasa Nak Kahwin Dah

Tak Rasa Nak Kahwin Dah


Aku tak tahu kenapa idea ini yang timbul untuk update blog kali ni. Terhasil secara telus. Rasanya ini kali pertama aku agak telus tentang diri dan keluarga aku. Takpe, bukan ada orang komen pun. Yang ada setakat pembaca sahaja. heh..Takpe takpe...;p

Kisah benar bermula.....

K.Long sekarang sedang sibuk membuat persiapan untuk walimahnya awal tahun depan. Cari photographer, booking catering dan lain-lain lagi. Aku tak berapa rapat sangat dengan dia dan tak berapa kamceng. Cuma ada jugak kadang-kadang kami suka buat lawak bodoh sesama sendiri. Haha..Apa pun, aku tetap hormat dia sebagai satu-satunya kakak aku. Darah daging aku. 

Dia jarang ambil tahu pasal diri aku. Adik beradik aku yang lain pun. Banyak tak tahu daripada tahu terutama sekali hal-hal yang melibatkan perasaan dan masalah peribadi. Masa raya haji sebelum ni, Long balik sambil-sambil uruskan hal walimah dia. Kadang-kadang, kami panggil Long je. Malas nak letak Kak kat depan. hehehe..Hari-hari adik aku no 4 dok kutuk aku tak puas ke mengadap notebook. Korang tau apa, notebook ni teman baik aku tau tak masa korang ada dan tak ada. Haha...

Eh, berbalik pasal cerita K.Long aku. Ada la masa aku dengan dia je dok dalam bilik berdua-duaan, tiba-tiba dia lontarkan pada aku satu soalan cepucemas:

Long: "Kau bila nak kahwin?"

Aku: "Ntah, tak rasa nak kahwin"(buat muka cuak).

Long: "Eh, kau masih bercinta dengan budak tu lagi ke?"

Aku: "Tak tau"(masa ni aku cuba cover kecuakan dengan sebaiknya..ngehehe..)

Kemudian aku senyap, jari jemari masih lagi bergerak-gerak atas papan kekunci notebook. Kakak aku macam tak puas hati lagi. 

Long: "Kau ni tak pernah nak kongsi apa-apa dengan aku kan?"

Aku senyap lagi.

Long: "Tengok tu aku tanya buat tak tahu pulak".

Masa tu aku rasa nak lepas je cakap "kau tak pernah nak ambil tahu pun pasal aku sebelum ni, kenapa tiba-tiba hari ni kau nak tanya?!". Tapi aku tahan. Lepas dalam hati je. Sabar. Ok la kan dia tanya walaupun secara tiba-tiba daripada tak tanya langsung. huhu..

Dah dua kali aku rancang nak kahwin. Dua-dua tak jadi. Faktor utama sebab parents. Tak berkenan. Antara adik-beradik yang lain, aku lah yang suka sebut pasal kahwin. Aku nak kahwin awal. Jadi ibu muda. Tapi jodoh aku tidak sampai lagi. Dah makin berumur pun macam ni je lah aku. Ayat frust..haha..Frust la jugak. Tapi disebabkan semangat dari sahabat-sahabat dan kekuatan anak-anak murid comel aku, aku terus sabar dan bertahan. 

Ini semuanya tarbiyah dari Allah. Tarbiyah dari kelalaian yang lalu, dari kesilapan sendiri. 'Kakak' aku di tempat kerja aku yang banyak tarbiyah aku. Aku dah istikharah pun. Cuma masih tak pasti lagi. Aku serah semua pada ketentuanNya.

Sekian kisah benar pertama.

Tengok lah lepas ni ada lagi ke tak kisah benar. Lagipun aku dah tukar url lain, kira selamat sikit dari pamili aku. heh.

6 comments:

iLa SaHaR said...

memang kekadang aku pun rasa cam tak nak kawin la... bole ke macam tuh ??

Unknown said...

ila:

boleh2 tp jgn lah sampai bila2...hehehe

Anonymous said...

menarik...

saya teringat ada satu pepatah...keluarga bukan darah...kadang2 kite jmpa keluarga kat rumah yg mula2nya adalah janggal bg kite...keluarga tu semua psl effort cmne kite sayang satu sama lain tanpa nak something in return...

tp xpela, your sister has efforts to know, sokongla die cmne pon...

Unknown said...

taufik:

pe yg menariknya?huhu

Cikgu Jaja™ said...

hidup mati..jodoh..semua sudah termaktub..tinggal persediaan diri je..dOa yg byk itulah kekuatan kite..:)

Unknown said...

faezah:

iyep,i know...thanks pai..;)