Menunggu giliran
Hidup memang penuh dengan dugaan. Baru saja duduk dalam zon selesa, ada saja zon bahaya di depan atau zon hati-hati kemudiannya. Bak kata Adik Atiqah:-"Kita ni banyak betul ujian kan? Tapi...itu tandanya Allah sayang kita..."
Sakit itu nikmat. Nikmat bila kita sabar dengan ujian kesakitan. Nikmat bila kita ingat pahala yang akan kita peroleh jika sabar dengan sakit. Selama lima hari demam, ditambah lagi dengan migrain memang betul-betul menguji kesabaran saya.
Meh ambik ubat meh!
Alhamdulillah hari ini Allah telah bagi saya kekuatan dan kesembuhan untuk datang bekerja. 2 hari lepas saya MC. MC sehari dari DEMC, Shah Alam dan sehari lagi dari Klinik Noridah kat Pusat Komersial Sek 7. Blood test dibuat 2 hari lepas di DEMC Shah Alam, namun syukur tidak ada apa-apa. Saya sebenarnya agak berat untuk buat blood test masa tu sebab urat pada lengan saya susah nampak, membuatkan doktor atau pembantu perubatan sukar mengambil darah saya, sekaligus rasa sakit terbayang-bayang di ruang minda.Bayangan minda ternyata betul apabila pembantu perubatan cuba mengambil darah dari bahagian tengah lengan saya. Pada mulanya dia cuba ambil dari lengan kanan, tapi tidak berjaya. Tekan-tekan tak jumpa juga urat. Disuruhnya saya hulurkan lengan kiri pula. Saya ikut je sebab saya dah banyak kali buat blood test sebelum ini. Malangnya jarum yang telah dimasukkan ke dalam isi, dipusing-pusing banyak kali, keluar masuk banyak kali, tapi darahnya tidak dapat ditarik keluar ke dalam picagari. Sakit tahu? Lagi sakit (yang ni sakit yang nak hangin tapi ditahan) bila dia tanya:-
"Sakit ke? Kalau sakit bagitahu"
Dah namanya jarum cucuk ke dalam isi, memang la sakit. Tak perlu ditanya, saya bukannya budak kecik. Dulu pernah juga kena macam ni, lagi teruk, banyak tempat dicuba jururawat untuk ambil darah. Nasib baik yang ini tak lama. Tapi memang tahan sakit la jawabnya. Sabar sabar.
Tunggu keputusan blood test dalam 15 minit, kemudian saya dipanggil doktor lagi. Syukur keputusannya melegakan hati. Doktor bimbang saya terkena denggi. hehehe. Bila sampai masa untuk bayar ubat-ubat dan lain-lain caj di farmasi, dapat pula gelaran 'puan' oleh staf kat kaunter. Adoiii, sadis betul!
"Puan Fatini ye? Bayaran semua sekali RM 83.90" (balas dengan senyuman tak ikhlas walaupun dalam hati panas. grrrr)
Oh ubat ubatan!
Perggghh, melayang gitu je duit. Tak mengapa, boleh claim dengan Mediu. ngehehehe~
Apa pun, kesabaran di mana-mana sahaja boleh teruji tidak kira tempat atau masa. Yang penting kita mesti selalu ingat, sabar itu pasti membuahkan hasil yang tidak ternilai. Allah kan suka orang-orang yang sabar. Tak gitu? InsyaAllah kesabaran kita akan dihitung walaupun hanya sebesar zarah sekalipun.
إن الله مع الصابرين
********
Peringatan: Pembahagian juzuk untuk tadarus telah siap. InsyaAllah saya up kan entri selanjutnya untuk Ramadan Kareem: Mari Bertadarus. Saya juga akan emailkan pada setiap peserta juzuk masing-masing yang akan dibaca pada bulan Ramadan nanti.





2 comments:
wah. tk suke jarum.. sakit .. grrrr~ tknk! tknk! hehe. semoga Allah memberikan kesihatan yg berpanjangan kpd awk :) slmt berpuasa :) puasa itu meletihkan?
hahaha...seronok jugak kena cucuk dengan jarum sekali sekala..;p
aamee, insyaAllah...
selamat berpuasa juga...:)
Post a Comment