Bismillahirrahmanirrahim
"Allah..bimbinglah hambamu yang hina ini"
Sudah terlalu lama saya tidak meluangkan masa,menulis sesuatu di sini. Sungguh hati sedang mencari arah lurus kembali, cuba menjernihkan segenggam hati yang kian menghitam hari ke hari. Terasa apa yang saya buat semua tidak kena. Seakan Allah sedang memberi 'hint' pada saya bahawa diri ini makin lalai, iman menurun.
Sungguh pada saat ini saya mengharapkan hadirnya seorang sahabat yang bisa memimpin saya untuk membersihkan karat-karat di hati.
Hati saya jadi sunyi..
Saya jadi pemarah lebih daripada biasa.
Tahap sabar saya makin menurun.
Padahal Allah ada untuk saya jadikan tempat mengadu segala-galanya.
Tetapi kenapa saya masih begini?
Semua saya fikir jadi makin serabut
Padahal kadang-kadang apa yang saya fikir tu hanyalah perkara remeh.
Lalu bagaimana harus saya atasi?
Hari-hari saya baca mesej 'kakak':-
"Tuhan, kuatkan aku dalam menjalani hidup sendiri tanpa cinta, tanpa kasih sayang, tanpa sentuhan lembut orang yang pernah terlukis di hati"
"Innama'al 'usri yusra. Janji Allah! Allah is aware. Allah amat menyayangimu"
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Hasbunallahu wa ni'mal wakil"
Tapi kenapa kakak? Kenapa saya masih kaku?
Astaghfirullahal'azim...
8 comments:
mungkin masih ada ruang dihati yang meragukan segala pengharapan kita kepada-Nya..
yakinlah, beanrkanlah tiap kata hati, yang diri ini redha dengan tiap yg berlaku =]
i pray for ur best dea.. tamo sesedih taw =]
saya mendoakan segalanya yang terbaik untuk awak, dan dipermudahkan segalanya juga untuk awak.
teruskan dengan doa awak tiap kali bersujud dan selepasnya. insya Allah.
@aimie amalina
Susahnya rasa nak ada perasaan redha tu...huhu
thanks aimie...:)
@chainzz
Terima kasih sangat2...
Terasa dosa dalam diri menggunung...:(
tenangkan hati..sukar mcm mana pon kena cuba tenangkan jugak...buat perkara lain yang akak suka..hilangkan kegusaranmu..kita pon pernah rasa mcm ygkak tini rasa..sendiri perasan sesuatu yg xkena..at last sendiri yg ubati sendu di hati.sendiri yg tanamkan semangat bangkit dr rebah..cuma satu, letakkan di hati hanya DIA..pusing2 mcm mn pon kekalkan akal dan hati kerana DIA.. because HE knows best!
Tolong kak tini tenangkan hati leh?hehe
selalu memang macam tulah..tenangkan hati sendiri tanpa teman2 di sisi...yang selalu di sisi Allah...
Tapi manusia je selalu sombong tak mahu dekat dengan Allah kan?:(
moga seua dipermudahkan..hanya Allah tahu yang terbaek....
@MaiRa QuEeN
InsyaAllah..terima kasih...:)
Post a Comment