Saturday, December 4, 2010

Home » , , » Sabar Itu Kunci Kepada Keberkatan

Sabar Itu Kunci Kepada Keberkatan

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!

Syukur tak terhingga pada Pemberi Rezeki. Syukur ya Allah. Apa lagi yang boleh aku perkatakan kecuali rasa syukur yang amat pada Allah dengan kurniaanNya yang tidak putus-putus akhir-akhir ini.

Sejak dari bulan Mei sehinggalah sekarang, aku tak berhenti mencari pekerjaan yang halal dan lebih baik dari sekarang. Kebanyakannya dalam bidang pendidikan. Macam-macam aku mohon. Editor, Customer Service, Guru (paling banyak), Tutor, Lecturer, Administrative Assistant dan lain-lain yang sesuai dengan ijazah serta minat mendalam.

Pelbagai dugaan dan ujian, mencurah-curah rembesan airmata, namun masih mampu tersenyum dan ketawa, akhirnya dapat juga 5 temuduga kerja setakat ni. Tak tahu nak kata apa. Syukur sangat2!

Temuduga pertama ialah Guru Kafa JAWI di Pusat Islam, KL pada 29 November yang lalu. Seramai 400 orang yang telah ditemuduga tetapi yang dia nak hanyalah 14 orang. Temuduga yang agak formal. Kena baca Al-Quran, disoal tentang tajwid, Bahasa Arab yang basic sahaja iaitu baca teks (tapi yang ni aku tak kena. hehe.) dan i'rab nahu. Kemudian kami disoal tentan Feqah, Tauhid, Sirah dan Isu Semasa. Nama lagi KAFA kan? Kelas Al-Quran dan Fardu 'Ain. Jadi semua tu pasti akan ditanya. Alhamdulillah temuduga berjalan dengan lancar.

Temuduga kedua ialah juga sebagai guru di SRI AL-AMIN GOMBAK pada 30 November sejurus sahaja selepas interview pertama. Temuduga biasa. Tidak formal. Aku dimaklumkan tentang temuduga ni pada hari aku dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bertujuan untuk temuduga Guru Kafa JAWI. Speechless. Aku agak terkejut dengan rezeki yang Allah beri. Nak menangis pun ada, nak melompat pun ada. haha..Tapi tak logik la plak nak melompat dalam bas. haha. Yang penting, jangan terlalu bergembira dan terlalu bersedih dengan apa yang kita dapat. Bersederhana.

Temuduga ketiga ialah guru di SRI AL-AZHAR di Jitra, Kedah pada 2 Disember. Oleh kerana, makluman temuduga ialah pada 1 Disember, tambah lagi aku sedang melunaskan kerja-kerja yang masih berbaki di SRI AL HAFEEZ, tak dapat lah aku pergi temuduga di sana. Tidak mengapa, ini bukan rezeki aku. Namun, aku masih menganggapnya sebagai salah satu pintu rezeki untuk aku.

Temuduga keempat ialah Non-Academic Position di AL-MEDINA UNIVERSITY, Shah Alam pada 3 Disember. Sama macam temuduga ketiga, aku dihubungi pada 2 Disember. Sah-sah tak sempat sebab kena cari tempatnya lagi di mana,tambah lagi duit dah kering naik KL minggu lepas. hehehe...Ya, bukan rezeki aku juga yang ini. Sekadar pintu rezeki. 

Temuduga kelima dan yang terbaru, iaitu KPLI-JQAF 2011 di IPG KAMPUS BAH. ANTARABANGSA, Lembah Pantai, KL pada 16 Disember ini. Insyaallah I will go. Biiznillah.

Harapan untuk rezeki di SRI AL AMIN lebih tinggi sebab aku merancang untuk melanjutkan pelajaran lagi di peringkat Sarjana memandangkan sekolah tu dekat dengan UIA. Jimat masa dan kos. hehe. Walau bagaimanapun, kita hanya mampu merancang tetapi yang menentukan adalah Dia.

Terima kasih para sahabat, guru dan pensyarah yang tidak pernah berhenti memberi semangat dan dorongan buat diriku. Terima kasih untuk doa kalian yang tidak pernah putus untuk aku!

Sesungguhnya, jika kita hilang sesuatu yang paling kita sayang atau apa-apa sahaja dari hidup, pasti Allah akan gantikan dengan yang lebih bermakna dan lebih baik. Kuncinya kita mestilah bersabar dan terus bersabar untuk mendapat keberkatan dalam hidup. InsyaAllah ganjarannya pasti ada. Aameen..

********
Setitip rasa: SRI AL HAFEEZ tetap di hati walau ke mana kakiku melangkah pergi...;)

2 comments:

Anonymous said...

ameen, harap2 dptla kerja nya yg bagus... memg susah nk mencarik keje ni...dulu saya pon cmtu...alhamdulillah lepas setahun pergi pergi sini dpt usm...cik fatin jgn putus asa ye...buat je smpi dpt...

Unknown said...

taufik:

insyaallah...kalau xdpt mn2 pn,sy nk smbg mast...full time...;)