Bismillahirrahmanirrahim
"Senyum itu satu sedekah. Jadi senyumlah"
Lagi-lagi update secara pukal! Sebab notebook saya sudah sakit sekarang. Adehh..Ni pun tumpang update kat office. hihihi...
Macam mana puasa kita tahun ni? Ada kemajuan dari segi iman, akhlak dan ilmu? InsyaAllah, sama-sama kita berusaha untuk jadi lebih baik. Lailatul Qadar berada pada hari mana-mana di 10 Ramadan terakhir. Tiada siapa yang tahu bilakah Lailatul Qadar. Cuma mungkin tanda-tandanya sahaja kita boleh nampak. Itupun untuk hamba-hamba yang terpilih untuk mengecapi Lailatul Qadar. Walaupun begitu, kita juga harus berusaha untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Jangan pernah lelah.
Itu hanyalah sekadar muqaddimah entri. hehehe..Ada sesiapa nak buat entri mengenai Lailatul Qadar? Kalau ada, beritahu saya ye lepas ni?
Update pukal saya ialah : -
Ramadan Kareem 19
Setiap orang pasti diuji kesabarannya. Lagi hebat ujian bila di bulan Ramadan. Sifat dan perangai manusia berbeza-beza walaupun ada juga persamaannya. Pabila sahabat sedang berdukacita, menangis sampai bengkak mata, tidak senyum seperti biasa dan membisu seribu bahasa tiba-tiba, kadang-kadang kita juga hanya perlu diam, memberinya ruang untuk bertenang. Tidak mengapa, mungkin dia punya insan lain yang buat dia lebih selesa untuk meluahkan duka di hati. Ok je kan? Dia dah senyum balik sekarang..:)
Ramadan Kareem 20
Baby Irdina Izzati menyerikan lagi majlis kami
Iftar bersama sahabat seuniversiti dan secourse dan sebatch di Baba Restaurant, Gombak. Yang hadir dalam 18 orang gitu. Seronok betul jumpa sahabat-sahabat lama. Kadang-kadang terasa baru saja grad walaupun dah setahun lebih. Yang paling penting, selera bertambah sebab makan ramai-ramai!hehehe...Ada yang cakap saya makin gemuk! Uwaaaaa, kerja pejabat macam ni lah kalau jarang bergerak...xoxoxoxo...
Ramadan Kareem 21
Saya tak suka tunggu orang berjam-jam tapi kalau berminit-minit ok lagi. 30 minit tu kira dah tengah timbul bara-bara. Nasib baik bulan puasa, sabar-sabar. Tapi tengok keadaan juga la, if reasonable alasan yang diberi, automatik baranya hilang. Tak baik marah-marah, kena buang sikap ni. Jangan jadi macam saya. hehehe...
Ramadan Kareem 22
Semua dah tak sabar nak balik raya. Lepas tu dok berkira-kira bila gaji nak masuk. hahaha...Saya baru nak save bajet tapi nampaknya raya ni lari la sikit bajetnya. Nak bagi angpau kat ma abah,adik2 dan sepupu sepapat yang kecik2. Yang besar dan sudah bekerja, of course la tak masuk dalam list. Parents are exceptable walaupun mereka dah bekerja!Wajib gembirakan hati mak ayah kita walaupun pemberian kita tak seberapa..:)
Ramadan Kareem 23
Mahu share kata-kata Norzailina Nordin, penulis novel Alaf 21 dan juga buku2 masakan.
Jika pada Aidilfitri kelak, bertemu anak dara atau teruna yg masih bujang (yg umur mereka sepatutnya dah kahwin), harap jangan tanya, "Bila nak kahwin?" tapi, doakan saja dlm hati, supaya mereka tu beroleh jodoh yg sesuai...
Jawab sahabat-sahabat saya :-
Soalan begitu amat sensitif buat anak dara seperti yang dinyatakan oleh Norzailina Nordin di atas. huhuhu...
Jadi, jangan tanya saya bila nak kahwin ok? Doakan saya cepat kahwin lagi bagus!hahahaha...
******
Nota Ramadan : Sesiapa yang dah selesai tadarus tu, jangan lupa inform saya ok?




4 comments:
haha. yg last tuh jwpan bestt. hehe
slmat b'puasa kak !
;)
@Fyqa
hahaha...tau tak apa...
selamat puasa sampai habis...:)
wahhh...reunion! nampak muka2 yang dikenali..hehe.
@✿ Myra ✿
mana satukah yang anda kenal?ekekekke
Post a Comment